Salam perjuangan…..
Sudah dimaklumi bahawa PRK KT akan bermula secara rasmi dengan tarkh penamaan calon pada 6 Januari 2009 dan tarikh mengundi 17 Januari 2009. Persoalan calon masih lagi di peringkat rahsia. YAB Tuan Guru sekali lagi menegaskan bahawa cadangan beliau mengenai Mat Sabu adalah merupakan pandangan peribadi dan terserahlah kepada keputusan mesyuarat yang memilih calon. Ada beberapa pandangan yang mahukan calon anak tempatan dan berkelulusan tinggi serta mesra rakyat bagi mewakili Parlimen Kuala Terengganu yang diistilahkan sebagai kawasan bandar dan ramai orang cerdik pandai.
Siapapun calon dalam saat sekarang bagi saya tidaklah begitu penting. Apa yang lebih mustahak ialah komitmen dan kerjasama dari semua pihak bermula pimpinan sehingga ke akar umbi untuk memberikan sokongan serta bekerja lebih kuat untuk memenangkan calon yang telah diputuskan oleh syura. Ingat, kemenangan dalam PRK ini akan mendekatkan lagi jejak ke putrajaya yang telah dicanangkan sebelum ini..
Petugas PRK dari kedua-dua parti mahupun bebas diberitakan telah mula memasuki dan bertapak di dalam kawasan PRK untuk merancang strategi bagi memenangkan calon masing-masing. Saya juga telah diarahkan turun untuk mengepalai satu gelombang bagi memperkuatkan petu undi losong masjid. Doakan agar saya berjaya mempertahankan kemenangan UPU tersebut dengan majoriti yang lebih besar.
Dis 21, 2008 @ 23:19:12
salam cikgu.
semoga beroleh keredaan dan kejayaan di prk kt.
untuk isu calon, mungkin pru12 p031 kuala krai boleh menjadi pengajaran dan rujukan. kuala krai yang agak sinonim dgn umno memberikan kemenangan besar kpd dr hatta yang merupakan orang luar walaupun lawannya seorang professor anak tempatan.
dan ini yang digegerkan orang untuk strategi di kt.
Jan 01, 2009 @ 04:46:20
Undi BN lah.. Ok 🙂
Selamat Tahun Baru 🙂
jwpn : Rakyat lebih tahu siapa yang patut di undi dalam PRK KT nanti dan yang pentingnya dalam PRU 13 nanti…Hanya Islam mesti menempatkan dirinya dengan tepat dan cepat untuk mengisi kekosongan ruang yang bakal ditinggalkan oleh UMNO….
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com