Salam perjuangan,
Nampaknya setelah hampir masuk setahun selepas PRU 12, UMNO BN kembali menguasai isu politik semasa. Kalau dulu kita melihat UMNO BN seolah-olah berada di pihak yang bertahan dengan serangan bertubi-tubi oleh PR. Kemenangan PR di lima buah negeri dan menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen sesungguhnya telah meletakkan UMNO-BN dalam keadaan tertekan dan terpinga-pinga. Pengisytiharan 16 september sebagai tarikh keramat pertukaran kerajaan Malaysia juga cukup membimbangkan BN.
Sekarang saya melihat seolah-olah PR pula sedang mencari rentak dan terpinga dengan serangan balas UMNO BN bermula dengan merampas Kerajaan PR di Perak melalui lompat parti diikuti dengan ugutan kepada ADUN di Kedah menyebabkan perletakakn jawatan kemudian serangan peribadi kepada ADUN/EXCO di Selangor yang juga telah mengisytiharkan bersedia meletakkan jawatan.
Semua proses di atas bukanlah berlaku secara kebetulan tetapi melalui satu perancangan yang rapi dan cukup strategik. Namun pimpinan PR nampaknya gagal menghidu serangan balas tersebut walaupun sudah banyak teguran yang di buat supaya pimpinan PR memantau dan menyelaraskan pemerintahan di 5 buah negeri serta menjadikan ianya agenda PR yang paling prioriti. Keinginan dan kehendak untuk memerintah Malaysia lebih cepat nampaknya telah membutakan mata dan memekakkan telinga pimpinan PR sehingga lalai dengan prioriti yang dicadangkan oleh rakyat.
Sekarang belum terlewat sekiranya pimpinan PR kembali bermuhasabah serta meletakkan semula agenda PR bagi mengembalikan keyakinan rakyat bahawa PR adalah satu-satunya parti alternatif yang ada kepada rakyat jika sekiranya ingin melihat sebuah negara Malaysia yang lebih harmonis, adil dan bebas rasuah.
Mac 03, 2009 @ 01:04:05
assalamualaikum wrt. wbt.
umno sekarang bukan seperti umno dulu. umno kini telah didominasi oleh ahli korporat dan peniaga yang menjadikan umno sebagai platform untuk mengaut kekayaan diri. Bukan seperti umno dulu yang walaupun agak lari dari perjuangan agama tetapi masih kuat memperjuangkan bangsa melayu. UMNO TIDAK MUNGKIN BOLEH DIPULIHKAN. UMNO TIDAK MUNGKIN AKAN MENJADI STABIL walaupun telah berjaya merampas Perak.
HIDUP, HIDUP…. HIDUP PAS.
TAKBIR….ALLAAAAHUAKBAR.
Mac 13, 2009 @ 10:05:34
kita sama-sama tunggu da…
sila layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/
Jan 12, 2010 @ 13:56:53
Adjm