ASSALAMUALAIKUM..

Salam Perjuangan buat rakan-rakan di Bukit Selambau & Bukit Gantang.

Alhamdulillah.. dengan ketentuan Allah SWT bukan satu, tetapi tiga peristiwa yang besar akan berlaku serta menjadi perhatian yang bukan sedikit, malah mungkin ini yang pertama kali pernah berlaku tanahair tercinta ini. Dan tentunya ramai yang arif malah tidak keterlaluan pula sebaliknya. Dua parti politik terbesar di tanahair bertanding dan meletakkan calon terbaik mereka di dua bukit tersebut, malah ada juga wakil bebas yang cuba menduga nasib mereka disana. Apa selanjutnya?

Inilah nikmat demokrasi.

Lupakan itu semua, mari pula kita lihat sentimen rakyat dengan berlakunya peristiwa besar ini. Sebenarnya, rakyat sudah bosan, pening & jemu melihat adegan-adegan para pelakon politik UMNO-BN ini. Apakah pula hidangan mahupun nikmat yang mereka mahu tabur kepada rakyat? projek? duit? KWAMP? Kejutan menghadapi pilihanraya kecil ini begitu menjalar ke sanubari mereka. Apa tidaknya, baru saja selesai perhimpunan agung, peluh di dahi masih belum kering lagi, demam masih belum kebah lagi, kini terlibat dengan PRK pula.

Apakah analisis yang boleh dibuat dalam suasana sekarang? Berikut ialah pandangan peribadi saya tentang Bukit Gantang terlebih dahulu -: setelah kembali dari sana 2,3 hari lepas :-

1. CALON – DS Nizar adalah lambang calon Malaysia, sesuai untuk PAS, sesuai untuk PKR, sesuai untuk DAP, sesuai untuk Melayu, sesuai untuk Cina, sesuai untuk India, sesuai untuk makcik, pakcik, tua, muda, kampung, korporat.

2. KENAPA? – Kerana dia menjadi simbol kepada penentangan terhadap kerakusan UMNO-BN.

3. KAUM INDIA – Banyak perkara terjadi kepada masyarakat India kebelakangan ini seperti kes Kugan dan di Kedah baru-baru ini. Sementara MIC pula tidak berubah dengan pengekalan Samy Vellu sebagai presiden baru-baru ini.

4. KAUM CINA – Perhatikan peranan Gerakan, MIC dan MCA yang hanya mengambil kedudukan berkecuali di dalam kes Perak. Ia ditafsirkan sebagai menjauhkan diri daripada sentimen tersebut kerana masyarakat Cina lebih merasakan kerajaan pilihan mereka melalui DAP yang ditumbangkan oleh UMNO di Perak.

5. UMNO – Umno pula dilihat tidak ghairah dan tiada selera dengan pilihanraya kali ini. Mungkin kerana sesetengah mereka masih sibuk, ghairah, demam, terkejut dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

6. ISMAIL SAFIAN – Dia bukannya calon ‘favourite’. Bukan dari ‘orang kanan’ Umno, kalah Ketua Bahagian, seolah-olah hanyalah sebagai calon bebas sahaja.

7. NAJIB – Lebih sibuk dengan percaturan pengambilalihan kuasa dari PakLah.

8. ZAMBRY – Perhatikan tiada siapa dari UMNO yang sibuk pasal Perak. Hanya mengharapkan Zambry yang kadangkala muncul.

Inilah peluang terbaik bagi kita. Bukit Gantang – InsyaAllah milik PR. Ya Allah kurniakanlah kemenangan kepada kami. Amin ya Rabbul’alamin.

pict0267p3290132

Advertisements