ASSALAMUALAIKUM..

Esok, bakal menyaksikan detik peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sepanjang tempoh pemerintahan Abdullah dari 31 Oktober 2003 sehingga 2 April 2009, sudah mencoretkan pelbagai kenangan manis dan pahit. Pak Lah, PM yang kelima, telah melakar sejarah tersendiri semasa perkhidmatannya. Tempoh terpendek dalam sejarah.

Lima tahun, lima bulan dan tiga hari.

Segalanya penuh dengan ranjau. Adakala saya bersimpati dengannya. Bermula dengan kehilangan isteri kesayangan, Datin Seri Endon Mahmood pada 20 Oktober 2005, kehilangan ibu tercinta, di serang bertubi-tubi oleh Mahathir dan sebagainya. Yang terbesar tentunya, kekalahan teruk kerajaan pimpinan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 sehingga kehilangan empat negeri (Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor) menjadi kenangan paling pahit dalam sejarah pimpinan Abdullah.

Natijah dari itu, maruah Pak Lah mula dipersoalkan. Antara tamparan hebat yang terpaksa ditelannya adalah munculnya suara-suara yang tidak berpuas hati dengan gaya kepimpinannya yang dikatakan tidak tegas dan mengikut telunjuk pihak tertentu.

images

Bagaimanapun, kenangan manis juga menjengah hidupnya di awal peralihan kuasa dahulu. Kemenangan terbesar Barisan Nasional yang dipimpinnya dalam pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004. Dilabelkan sebagai kemenangan ‘durian runtuh’, komponen parti pimpinannya, Barisan Nasional (BN), berjaya memperoleh 198 kerusi Parlimen daripada 220 kerusi yang dipertandingkan.

Apapun, selamat tinggal Pak Lah..

SELAMAT DATANG NAJIB

Seperti yang kita tahu apabila berdirinya Najib Tun Razak maka kehidupan di negara ini akan mula berubah dan berlakunya jurang antara rakyat. Mana mungkin seorang penjenayah diberi peluang mentadbir negara tercinta ini.

Altantuya, C4, Eurocopter, Kapal selam, PLKN. Katakan apa sahaja. Pastinya Najib yang di katakan zalim akan menggunakan segala apa cara yang ada untuk mengekalkan pemerintahan.

Selamat datang Najib. UMNO tetap UMNO juga.

PAS tetap PAS.
Lawan tetap lawan.