ohoihoi1ASSALAMUALAIKUM..

Sebentar tadi.. saya menerima berita panas. Ianya tentang kejutan yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim di Bukit Selambau. Berdebar juga tunggu berita tersebut.

Tahniah.. kepada Naib Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan kerana membuat keputusan bijak dengan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas enam bahagian dan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan. Enam bahagian yang dibubarkan itu ialah Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok. Pengumuman itu dibuat oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga anggota Kepimpinan Tertinggi PKR malam ini. Nadarajah yang hadir bersama kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman ini telah di buat di hadapan 7000 warga Kedah di Dewan Hock Teik Soo Sungai Lalang Kedah. Secara resmi Sdr. V. Nadrajah yang juga ketua PPP Kedah telah mengumumkan semua ahli-ahli PPP yang selama ini menjadi sebahagian dari komponen Barisan Nasional akan keluar dari Barisan Nasional dan akan memasuki Parti Keadilan Rakyat.

Menurut ucapan Sdr. V. Nadrajah pembubaran ini bermakna kesemua 6137 ahli PPP Kedah ini untuk menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat. Terdapat 5 bahagian dan 62 bahagian PPP yang paling aktif di Kedah. Bahagian bahagian – di Kulim, Alor Star, Kuala Kedah, Pokok Sena dan Baling – semuanya bubar.

Bandingkan. Kejutan dari UMNO-BN ialah kembalinya Mahathir dan keluarganya menyertai kembali Parti Rasuah. Sebenarnya, mana satu kejutan paling besar 3 orang sertai parti rasuah atau 6000 orang sertai PKR? Fikir-fikirkan

>Satu tamparan hebat buat UMNO-BN<

Advertisements