SALAM PERJUANGAN..images1

Maaf dipohon kerana lama menyepi.

Beberapa hari ini nama babi muncul kembali. Setelah bersembunyi sekian lama dengan nama Khinzir, ia menjelmakan semula namanya yang digeruni. Ia muncul kembali setelah sekian lama babi cuba digambarkan dengan kelunakan sebutannya. Akhirnya ..terpaksa kita akur..babi tetap babi… Walau bahasanya dilunakkan dengan meminjam bahasa luar yang nampak lebih berakhlak dan disantuni.. Watak dirinya terserlah apabila Virus selsema babi menyerang.

Memang istilah dan bahasa memainkan peranan penting dalam memahamkan manusia. Nama babi ditukar dengan khinzir kerana menjaga sensitiviti sesuatu kaum. Bagi masyarakat melayu , babi terlalu hina, keji dan jijik malah babi dianggap sesetengahnya lebih buruk dan besar dosanya dari berzina dan minum arak oleh kerana kejahilan kita.

Begitu juga seseorang bekas banduan yang kembali ke tengah masyarakat akan dipandang hina walaupun telah bertaubat. Jalan penyelesaiannya menukar pengenalan diri dan berpindah jauh ke tempat yang tak dikenali. Kalau namanya dulu menggambarkan watak jahat, tukarlah dengan nama yang baik baik…. untuk lebih meyakinkan… berlakunlah menjadi baik….

Dalam negara kita, pertukaran kepimpinan pastinya membawa watak dan slogan baru… Dengan slogan itulah rakyat akan tertawan. Ketika Tun Dr Mahathir mengambil tampuk kepimpinan, slogan ABC_ Amanah, Bersih dan Cekap, Kepimpinan melalui Teladan dan tak ketinggalan Penerapan Nilai Nilai Islam setelah kemasukan Pak syeikh ke dalam umNO. Setelah beberapa kali menukar slogan dan terakhir wawasan 2020, lagak dan watak Tun M mula terserlah..beliau dibenci dan menjadi punca kegelapan umNO BN terutama setelah peristiwa 1998.

Tun Abdullah muncul dengan islam Had hari… Walaupun istilah Islam Had hari sebenarnya hasil ucapan TUN Mahathir di persidangan Gerakan yang mengistiharkan Malaysia negara Islam, namun Pak Lah diwatakkan sebagai imam Had hari kerana kesesuaian dirinya sebagai cucu ulama. Berhiaskan sajak ” kucari AlGhazali” yang didendangkan menjadi lagu..Di maniskan dengan slogan “berkerjalah bersama saya bukan untuk saya” … nama Pak Lah menjulang dalam pilihanraya 2004. Pak Lah mencipta sejarah yang membanggakan dirinya sehingga didodoi ke merata alam. Beberapa tahun kemudian watak Pak Lah yang dulunya bersih mula dilihat kehitaman terutama di sisi Mentornya Tun M lantaran peranan anak muda kebencian Tun M- Khairy jamaludin. Watak Pak Lah yang hodoh akhirnya direntap sendiri oleh ahli umNo terutama wazir di sekelilingnya.

Kini masa Najib melagukan lirik yang serupa. Najib membawa satu Malaysia sabagi gula untuk kaum bukan melayu. namun dalam masa yang sama para menterinya melaungkan lagu penyatuan melayu… Najib menjelmakan sikap mesra rakyat…. Namun sebelum wajah itu dipakai Najib, tubuhnya busuk berbau pelbagai tuduhan. Kalau wajah hodoh mungkin mampu ditutup dengan topeng atau pembedahan plastik. Namun mampukan bau hanyir dan busuk ditutup dengan minyak wangi yang diimport dari Perancis?? rasanya bau negara Kublai Khan telah semerbak serata alam….

Berapa lama Najib akan bertahan seperti mahathir dan Pak Lah bertahan dengan slogan dan topeng plastik itu mampu menyembunyikan Najib? Seperti Babi yang memakai topeng Khinzir…. kini dunia melayu kembali mengenali Khinzir sebagai Babi lantaran bahayanya penyakit selsema Babi……