Salam pengorbanan & perjuangan

Segalanya telah menjadi sejarah di DUN Perak. Saya tidak bercadang untuk mengulas lanjut. Anda boleh mengikuti dengan lebih jelas tentang apa yang terjadi di Harakah Daily, ataupun di laman-laman blog yang terpilih.

Rakyat sudah celik IT. Tidak bodoh dungu lagi. Utusan Malaysia dan TV3, teruskan usaha anda mem’barua’kan rakyat. Moga-moga ada yang percayakan berita anda. Percaya? huh, jauh panggang dari api. Makin meluat dan benci ada laaa.

Sekalung ucapan tahniah, buat UMNO kerana berjaya melacurkan segala undang-undang demi mencapai matlamat yang diingini. Berita di TV sebentar tadi menayangkan riak wajah wajah Raja Muda Perak yang tidak ceria sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Sidang DUN.

Terpampang juga wajah mufti Perak bersama isteri didalam Dewan..
Puaslah hati mufti..kita tunggu apa pulak fatwa terbarunya selepas ini..

Kalau dulu Tok Guru ada mengatakan yang UMNO itu umpama orang Utan..
maka hari ini benarlah apa yang disebutkan itu…

Mungkin lebih dari itu..

Terbukti sudah…Buat semua, ambillah iktibar dari kejadian hari ini..
HENTIKANLAH PERPADUAN MELAYU.. tetapi fokuskanlah terhadap PERPADUAN ISLAM yang lebih murni dan selamat. Sekian.

070509_sivakumar-dragged-out_pic-by-sinar-harian

sivakumar di heret secara paksa bagaikan ..