Assalamualaikum..

Alhamdulillah, kekuatan untuk kembali ber’blog’ muncul kembali setelah sepi sekian lama. Sibuk, banyak kerja šŸ™‚

adun manik

Biarpun agak terlewat.. saya mengambil kesempatan ini ingin merakamkan TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham ADUN Manek Urai, YB Haji Ismail Yaacub, 60 yang telah kembali ke Rahmatullah baru- baru ini. Semoga seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dapat bersabar di atas kehilangan ini. Insya-Allah kita sama-sama doakan agar ruh beliau akan mendapat rahmat Allah dan diletakkan bersama ruh pejuang-pejuang Islam yang lain.

Dengan perginya gemulah Pok Su Weil, tentunya rakyat Manek Urai akan menghadapi satu lagi pilihanraya kecil tidak lama lagi. Semoga Allah akan terus mengekalkan kemenangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di sana.

Semoga penggantinya nanti merupakan seorang pemimpin yang amanah, jujur dan ikhlas dalam perjuangan Islam dan beliau akan mampu membawa DUN Manek Urai ke arah masa depan yang lebih baik.

Al-Fatihah

Advertisements