images

cuma gambar hiasan🙂

Masih teringat saat menanti kelahiranmu. Rasa teruja melihat segala kelengkapan dalam menyambut kelahiranmu.

Kesian kat ummi yang merasa resah setiap minit dan saat. Betapa besar pengorbanannya. Tidak terbalas walau segunung intan dihadiahkan kepadanya.

Sabtu, 23 Mei 2009, tepat jam 1.28 pagi …kau selamat dilahirkan di HUSM, Kubang Kerian. Abah mendakapmu dengan penuh kesyukuran. Hati yang berbunga.

Abah alunkan iqamat dengan semerdu mungkin. Segala syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT di atas kelahiranmu. Begitulah besar keagungan dan ciptaan Tuhan.

Semoga kau sejahtera selamanya, jadi insan yang beriman dan bertaqwa.