Siapa sangka, pilihanraya kecil ada lagi. Menganggu lena PM kesekian kalinya.

Ketakutan PM sudah memuncak. Kalau tidak, kenapa pula beliau membuat keputusan untuk tidak bertanding. Agak mengejutkan. Dengan alasan tidak mahu membazirkan wang ringgit rakyat, membuatkan saya tergelak ketawa seorang diri.

Kenapa pula dikatakan membazir?

Kalau dulu, semata-mata kerana mahu Dato’ Abu Hassan Omar menjadi MB Selangor, seorang wakil rakyat Dun Kuala Selangor (UMNO) telah dipaksa meletak jawatan bagi memberi jalan kepadanya untuk bertanding :- dikatakan  tidak membazir pula?

Apa yang nak dijimatkan? kita semua (atau orang UMNO sendiri) tentunya mengerti perkataan jimat adalah sesuatu yang asing bagi mereka. Katakan apa saja, projek, kronisma, nepotisma, pembaziran, penyelewengan, kerakusan, ketamakan dan segalanya. Jujurnya, erti jimat tiada dalam kamus hidup mereka. Jelasnya, PM sudah ketakutan untuk berhadapan dengan kekalahan demi kekalahan sejak tsunami politik melanda. Walaupun menarik diri di Penanti, namun mereka akan buat apa saja termasuk menjadi ‘pengacau’.

Selain takut kalah faktor utama yang mencorakkan keputusan BN menarik diri dari Penanti ialah krisis politik Perak yang terus menghantui Najib. Rampasan kuasa yang dirancang oleh Najib boleh diandaikan sebagai keris yang kembali menikam diri sendiri. PM kian buntu mencari jalan menghalalkan kerajaan haram yang dibentuknya.

Masakan pula tidak takut?

Tengok pula tindakan pelik SPR. Belum apa-apa SPR sudah mengeluarkan arahan pelik yang ia sendiri tahu melanggar undang-undang pilihan raya sedia ada. Larangan mendirikan pondok panas dan menghadkan jumlah penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan calon dikhaskan kepada PRK Penanti. Di Bukit Selambau dan Bukit Gantang pula Kementerian Dalam Negeri diperkudakan Umno dan BN dengan melarang menimbulkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan mempersoalkan keputusan dibuat institusi Raja berkenaan isu Perak. Apa pun kekangan yang cuba diimplementasi oleh BN, rakyat akan tetap menang.

Wallahua’lam