Assalamualaikum…
SALAM PERJUANGAN..

Bahang PRK Manek Urai mulai terasa usai penamaan calon kelmarin. Kehadiran puluhan ribu penyokong parti kedua² belah pihak menandakan PRK ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan samada kepada parti penyandang dan juga parti yang mencabar. Walau apa pun, InsyaAllah.. DUN Manik Urai akan dimenangi oleh Abe Uji berdasarkan kepada alasan-alasan peribadi saya sebagaimana berikut:-

  1. Penyokong & petugas PAS lebih ramai dan bekerja dengan sistematik berbanding ‘mereka’.
  2. Walaupun rata-rata orang Manik Urai :- orang kampung, namun mereka cerdik berpolitik disogok apa pun, tetapi pendirian tetap.
  3. Manik Urai merupakan kubu kuat PAS zaman berzaman.
  4. Walaupun hanya peraih ikan, ketokohan Abe Uji lebih terserlah berbanding dengan calun ‘mereka’.
  5. Gelombang PRU 12 masih membara di seluruh pelusuk tanahair
  6. Rakyat Kelantan semakin lali dengan apa jua propaganda dari UBN.
  7. Wujudnya perpecahan dalaman – Tuan Aziz dikatakan antara calon yang tidak direstui oleh Dato’ Ramzi.
  8. Secara terang-terangan kaum Cina dan India menyokong PAS.
  9. umnotalkin

gambar hiasan

Walaubagaimanapun, pesan saya :-

Jangan selesa, sebab keselesaan itulah yang akan memerangkap kita. Perjuangan mesti diteruskan dan memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan mestilah datangnya daripada hati yang tulus dan ikhlas. Itulah kemenangan yang sebenarnya.