ASSALAMUALAIKUM & SALAM PERJUANGAN..

Tanggal 1 Ogos 2009,  Kelantan menerima kunjungan YAB Dato Seri Najib PM ke-6. Ketibaan beliau di lapangan terbang di sambut oleh YAB Tok Guru MB Kelantan.  Perjumpaan tertutup berlaku kira-kira 20 minit. Antara ulasan PM ialah supaya Tok Guru menjaga perasaan ahli UMNO jika mahu berbaik-baik dengan kerajaan pusat. Hairan ya, bila pulak  soal perasaan menjadi satu syarat penting untuk Kerajaan Pusat memberikan bantuan kepada rakyat Kelantan yang terdiri dari semua kaum, parti dan bangsa dll.  Memang benarlah tok guru kata selagi orang tidak mengata kepada kita maka kita tidak akan memulakannya.  Jika benar soal perasaan di ambil berat maka Kerajaan Pusat juga seharusnya menjaga perasaan orang PAS di Kelantan iaitu menghapuskan kerajaan dalam kerajaan (JPPK), tidak melabelkan projek Kerajaan Pusat dengan label Projek Barisan Nasional, membayar per kapita kepada Kerajaan kelantan mengikut jadualnya, tidak menyekat projek yang sepatutnya di buat di Kelantan seperti pembesaran lapangan terbang dan lain-lain.  Dato Seri Najib juga harus memberi nasihat yang sama kepada pengerusi dan ahli-ahli UMNO di Kelantan supaya menjaga juga perasaan ahli PAS dan rakyat di Kelantan. Jangan nafikan hak mereka untuk mendapat baja, bantuan one off dan pelbagai lagi ..

pm-nik

Di masa yang sama, tanggal 1 ogos juga mencatit satu lagi sejarah keberanian rakyat menyatakan hak mereka iaitu perhimpunan untuk menyerahkan memorandum kepada SPB Yang Di pertuan Agong supaya memansuhkan akta ISA yang disalahgunakan oleh pemerintah untuk menahan musuh politik mereka.  Keganasan polis yang melampau membuktikan bahawa laungan cogankata  PM Dato Seri Najib supaya rakyat didahulukan adalah palsu. Hampir 600 orang rakyat yang ingin menyatakan hak mereka dinafikan oleh FRU dan kuncu-kuncunya.  Tahniah di atas keberanian anda semua untuk mengembalikan semula hak rakyat….

MALAYSIA/

MALAYSIA/

Advertisements