pesertacnSalam perjuangan,

Hari ini saya berkesempatan untuk menghadiri satu seminar anjuran Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC). Seminar yang cukup bagus ini mengimbas kembali perlaksanaan dasar MBI di Negri Kelantan selama pemerintahan hampir 20 tktcnewahun bermula 1990.  Sebanyak 3 kertas kerja telah di bentang oleh tokoh-tokoh yang berwibawa daktcn berkecuali tetapi memberikan input yang amat bermakna kepada petugas-petugas parti yang mengikuti perjalanan seminar tersebut.  Dengan tempat yang berhawa dingin dan serba indah ini kini menjadi mercu tanda kepada Kelantan.  Seramai lebih 1200 orang mengikuti seminar tersebut yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan akan berakhir menjelang maghrib dengan diakhiri jamuan makan malam. Saya mengharapkan seminar ini akan menyedarkan kepada semua peserta supaya bekerja keras mempertahankan kerajaan Kelantan yang ada yang telah berjaya melaksanakan sebahagian dasar-dasar Islam dalam pentadbirannya.  Kepada pimpinan pula buatlah kerja yang sepatutnya supaya menterjemahkan banyak lagi dasar-dasar yang baik melalui Islam yang sedang mentadbir selagi mana hayat masih ada.  Jika kita tidak mampu untuk memikul amanah mentadbir dengan baik maka fikirkanlah apa yang terbaik kita buat untuk kepentingan Islam dan rakyat…..cn2