SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA
(Mungkin tidak terlalu awal rasanya)
__________________________________________________

Syukur, negara kita telah maju
Banyak pencapaian jadi kebanggaan

Kita ada menara antara yang tertinggi di dunia
Kita mengeluar kereta jenama negara
Kita juga ada F1 litar sirkit lumba kereta
Tapi untuk apa semua?

Rumah papan kita diganti rumah pangsa
Pembangunan negara jadi topik utama
Sungguh pesat pembangunan di mana-mana
untuk apa dan siapa?

Siapa yang kerja?
melainkan mat bangla atau Indonesia

Dahulu tv kita pakai bateri kereta
sekarang sudah ada tv plasma
Dulu ada satu dua channel sekarang tak terkira
Kehidupan semakin mewah dinikmati semua bangsa
Tidak kira Melayu Cina atau India

Tapi itu semua….

Ahh… meterial cuma
sedang kita masih hamba

Memang kita yg pertama
dalam isu dadah, ganja dan marijuana
dalam jel… ramainya orang kita
tanjung rambutan… pun orang kita

Kita jadi hamba kepada harta dunia
matlamat sudah menghalalkan cara

rasuah jadi amalan biasa
Tak kira pegawai rendah atau tinggi pangkatnya

Rogol dan sumbang mahram di mana-mana
Majalah dan video xxx ada di mana-mana
apa erti merdeka….

merdeka_greet3

artis kita puja
mengalahkan rasul dan ulama yg dulu jadi idola
atau saintis, politican, negarawan negara

Sedarlah semua..hatta anak muda
Merdeka bukan setakat kibar bendera
Bukan setakat menyebut…

Merdeka Merdeka

Bukan naik motosikal ramai-ramai keliling kota
Bukan hanya tunjuk kekuatan tentera
Atau cuma anjurkan konsert terbuka
Sehingga tengah malam artis terkinja-kinja
Syarikat arak pula sponsor arak percuma
Ini bukan cara kita sambut merdeka

Kemerdekaan hendaklah diisi ikut agama
Hendaklah bersyukur kepada Allah taala
Lihat semula perjuangan Nabi kita
Bagaimana sahabat nabi kecapi merdeka

Merdekakah kita???

Kalau masih leka dengan artis yang berjaya
meraih `ijazah’ dari Akademi Fantasia (AF)
kita lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
lebih mendewakan Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat
makin khusyuk dengar lagu daripada mendengar Azan & Al Quran

Tanyalah diri
usahlah berangan ke syurga
andai diri tak sanggup berjuang
layakkah kita dengan syurga Allah?

Selamat menyambut hari merdeka…

merdeka-cartoon