2783007532_c2d8b2648a_o

Assalamualaikum,

Ramadhan 1430 Hijrah menjelma bersama sinar yang kita nanti-nantikan

Ramai menantikan kehadirannya dan ada juga agak kurang senang bila kemunculannya. Namun berbekalkan iman yang teguh, hati yang sabar sentiasa ingin mencari keberkatan hidup, pastinya ramai antara kita menantikan kehadirannya. Ramadhan adalah bulan umat manusia mencari seribu kerahmatan. Bulan yang menjanjikan ketenangan jiwa melalui amalan ibadat umat islam.

Ramadhan…
Serikan ia dengan solat sunat, terawikh, menunaikan zakat dan ibadat lain. Sungguh besar kerahmatan, kehebatan ramadhan hinggakan ada para sahabat Rasulullah menitis air mata apabila berlalunya bulan rahmat ini.

Hanya segelintir umat islam menempuh ramadhan dengan wajah suram, sehari suntuk tidak menjamah makanan dan minuman hinggakan raut wajah murung kelesuan. Apabila ramadhan bakal berakhir raut wajah berubah kecerian. Ceria untuk menantikan aidilfitri. Aidilfitri lebih membawa makna dari ramadhan.

Malang sekali… mereka menghabiskan wang ringgit untuk aidilfitri dan membiarkan ramadhan berlalu begitu sahaja.

Ramadhan…
Kami menanti mu dengan penuh harapan. Semoga tahun ini membawa seribu kenikmatan kebahagian untuk kami dan umat islam seluruhnya. Selamat Berpuasa kepada semua..

Selamat Datang Ramadhan!!