Salam perjuangan…

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana di akhir ini saya tidak mengemaskini maklumat dan artikel terkini di dalam blog ini disebabkan kelalaian diri sendiri. Saya juga telah telah menjadi ahli Facebook, jadi kekadang maklumat boleh di update dari situ.🙂

Kembali kepada topik kita hari ini… Sudah di duga dan tepat iaitu media utama pro BN mengulas kemenangan BN dengan majoriti yang cukup besar sebagai bukti bahawa rakyat telah kembali menyokong BN. Jika ini benar, saya cabar Perdana Menteri Dato Seri Najib supaya segera membubarkan Parlimen untuk memberikan mandat kepada rakyat Malaysia untuk menentukan pilihan mereka yang sebenar. Persoalan lain bolehkah setelah keputusan pilihanraya dimenangi oleh PR 7 – BN 1, maka ianya menjadi tanda rakyat menyokong BN ?

Saya terlibat secara langsung bertugas di PRK Bagan Pinang mewakili DPPNK bermula 2 okt – 11 okt. Apa yang dapat saya simpulkan ialah seperti berikut :-

1. Kemenangan BN ialah tidak secara anak jantan di mana BN menggunakan kaedah ala samseng untuk mengekang pengaruh PR di dalam kaw prk. Bendera Bulan tidak dibenarkan naik di beberapa taman dan diturunkan secara gangster begitu jugak billboard yang dinaikkan di bakar. Tiada liputan isu seperti ini.

2. PAS harus akur dengan kekalahan ini kerana memang patut PAS kalah. Kekuatan asas PAS ialah 4 cawangan PAS dengan ahli seramai 100 orang. Jadi jika PAS negeri 9 mahukan kemenangan yang lebih dalam PRU akan datang maka usaha menambah ahli dan juga cawangan PAS perlu dilakukan bermula sekarang… Jika tidak kita hanya menunggu nasib menyebelahi kita tanpa apa-apa usaha untuk menguatkan tunjang PAS sendiri..

3. Majlis penerangan bukannya penyerangan perlu dilakukan dengan lebih aggersif kerana pada saya masyarakat di situ tidak berapa mengenali perjuangan PAS. Ini diakui dengan pengakuan beberapa orang penduduk di taman bahawa sebelum ini mereka tidak pernah melihat bendera PAS meriah di tempat mereka.

4. Memasyarakatkan PAS ialah satu aktiviti yang perlu diutamakan. Penubuhan PASTI di semua UPU mestilah menjadi agenda utama bukan sahaja kepada pemuda tetapi jugak perhubungan PAS Negeri sendiri.

p/s :- Selamat bersidang ‘rakan-rakan UMNO’ di Perhimpunan Agung UMNO.Gambar di bawah orang lain yg buat.. saya upload je🙂

gifanprk