Salam perjuangan…
Alhamdulillah saya melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT apabila Tok Guru MB Kelantan mengumumkan bahawa beliau tidak jadi menunaikan Haji ke Mekah pada tahun ini kerana serabut dengan mainan media dan juga SPRM. Niat Tok Guru ke Mekah untuk beribadat mungkin mengalami gangguan dengan isu semasa yang berlaku. Isu ke Mekah ini menjadi polemik media apabila Tok Guru mengesahkan pemergian beliau di taja oleh seseorang yang menggunakan pakej agak mahal iaitu RM 65,000.00. SPRM sendiri dimaklumkan sudah membuka fail untuk menyiasat siapakah yang menaja Tok Guru ke Mekah ? Adakah beliau mempunyai sebarang kepentingan dengan Tok Guru ? Saya kira dengan pengumuman Tok Guru menarik diri dari ke Mekah pada tahun ini sedikit sebanyak telah meredakan isu yang cuba diperbesarkan leh media dan sekutunya. Kebijaksanaan Tok Guru membuat keputusan haruslah di puji dan sekaligus menutup peluang fitnah ke atas beliau. Inilah ulama yang masih di sayangi Allah sehingga kemelut itu dapat diselesaikan dengan baik. Cakap-cakap di kedai kopi berkata UMNO salah strategi dalam cubaannya untuk menjatuhkan kredebiliti Tok Guru apabila mendedahkan cerita penajaan ke Mekah terlebih awal dari masa yang sepatutnya.
Saya sendiri berazam untuk menunaikan haji sebelum atau pada usia 40 tahun iaitu kira-kira 2 tahun dari sekarang. Kerinduan semasa mengerjakan umrah 2005 yang lepas masih belum terubat..Ya Allah aku bermohon kepada mu supaya kabulkan niat dan permintaan aku dan isteri untuk menunaikan Haji secepat mungkin. Amin.
Kepada Semua individu yang akan dan telah berangkat ke Mekah saya mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Haji dan Semoga mendapat Haji Yang Mabrur….Doakan semoga saya dan Isteri juga akan dapat ke sana secepat mungkin….