Salam perjuangan…..

Saya menerima panggilan telefon dari salah seorang pemuda kawasan di Kelantan yang mahukan penjelasan apakah tindakan pemuda negeri untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di Negeri Kelantan termasuklah serangan peribadi kepada YAB Tok Guru yang dikasihi oleh semua peringkat lapisan masyarakat.  Saya katakan kepada beliau supaya bersabar dan menyerahkan segala tindakan yang sepatutnya kepada pimpinan tertinggi di Kelantan kerana mereka lebih mengetahui isu ini.  Saya katakan lagi supaya menunggu kepulangan YB Ketua DPPNK dari Mekah yang dijangka tidak lama lagi.  Nampaknya segala cadangan itu tidak berapa di terima oleh pemanggil tersebut.  Katanya sebagai pemuda mestilah memainkan peranan sebagai golongan pendesak atau kata lain mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan kemelut ini walaupun ianya mungkin salah kerana bagi beliau sikap pemuda mestilah pro-aktif. Lagipun bagi beliau CEO adalah salah seorang AJK DPPNK maka sepatutnya Pemuda memanggil untuk menasihati beliau menyegerakan perletakan jawatan demi kebaikan parti dan tok guru yang kita cintai.  Saya tidak bercadang untuk mengulas lebih lanjut kerana bagi saya siapakah dia samada pemuda negeri,badan perhubungan, pemuda kawasan dan PAS kawasan semua pihak atau lebih-lebih lagi orang yang berautoriti seharusnya memainkan peranan untuk menyelesaikan kemelut ini melainkan beliau mempunyai kepentingan jangkamasa panjang tak tahulah.  Dengan bangganya pemuda tersebut berkata ” ana telah lepas dengan persoalan ini kerana ana telah memberitahu anta bahawa isu ini mempunyai kesan besar kepada kerajaan negeri, PAS Kelantan dan juga Tok Guru dalam pilihanraya akan datang@ PRU 13 nanti.  Anta sebagai salah seorang AJK pemuda negeri dan bertanggungjawap sepenuhnya dengan pilihanraya akan datang”. Begitu mudah setiap orang cuba melepaskan tangan dari bertindak sewajarnya mengikut kedudukan masing2.  Apa yang membingungkan ialah siapa pulak yang aku harus beritahu untuk melepaskan diri saya dari persoalan ini ????