Salam perjuangan….

Hari ini saya berpeluang membaca tulisan YBM Tengku Razaleigh Hamzah berhubung dengan keperluan mematuhi perjanjian antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri yang mengeluarkan minyak.  Menurut beliau lagi Kerajaan Persekutuan tiada hak untuk campurtangan dalam mengabaikan kepatuhan PETRONAS terhadap perjanjian yang di buat menurut AKTA Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut seksyen 4 akta 1975.  Perlanggaran tersebut boleh mengakibatkan kontrak perjanjian yang telah ditandatangani akan terbatal serta akan menimbulkan rasa gelisah kepada semua negeri yang telah menandatangi kontrak perjanjian tersebut kerana tiada jaminan yang kekal negeri tersebut akan terus mendapat royalti pada masa yang akan datang.  Apa yang penting lagi menurut Ku Li ialah bagaimana PETRONAS sendiri atau amnya Kerajaan Persekutuan akan mendapat kepercayaan pelabur luar dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara kerana perbuatan melanggar perjanjian adalah sesuatu yang besar impaknya terhadap keyakinan pelabur untuk melabur di sesebuah negara.

Saya mengucapkan syabas kepada Ku Li kerana berani mengeluarkan kenyataan yang benar dan mungkin pahit bagi beliau. Namun demi perjuangan dan hak rakyat, saya kira Ku Li sanggup di lihat menentang arus pemimpin UMNO-BN.  Inilah yang dikatakan darah pahlawan yang mengalir di dalam tubuh anak raja yang berjiwa rakyat.  Pepatah Melayu ada menyebut “Berani Kerana Benar, Takut kerana Salah”.

Setakat ni pengumuman dari YAB PM bahawa kerajaan bersetuju memberikan wang ehsan amat mengecewakan rakyat negeri Kelantan.  Penubuhan GEGAR ( Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat) adalah tepat pada masanya dan diharapkan dapat menyedarkan semua pihak dalam isu royalti atau ehsan. GEGAR melibatkan gabungan 50 NGO dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu akan menjadi wadah perjuangan menuntut royalti bagi Kelantan dan juga Terengganu.

Jika UMNO-BN mengatakan mereka berdisiplin,adil,Islam,Melayu dan pemimpin kepada negara Malaysia maka pemberian royalti sebagaimana perjanjian adalah buktinya kerana :-

1.  Menunaikan perjanjian adalah perkara yang serius bagi Islam dan juga orang Melayu. Mengingkarinya bermakna ingkar kepada ajaran Islam dan juga bertentangan dengan adat dan susila orang Melayu.  Apakah semangat Islam dan Melayu di dalam jati diri pemimpin UMNO sudah hilang atau terhakis dengan materialistik dan keegoan.  Atau pun UMNO sudah dihinggapi penyakit hilang rasa dan buta mata hati ??? Apa yang lebih utama ialah dosa melanggar perjanjian adalah penyesalan di padang mahsyar nanti..apakah seluruh rakyat Kelantan bersedia memaafkan pemimpin UMNO yang telah menzalimi dan menafikan hak mereka nanti  ?

2.  Dimanakah hak negeri Kelantan dalam perlembagaan Malaysia 1963 ? Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen maka UMNO harus menghormati kehendak dan pilihan rakyat bukannya bersifat mendera rakyat yang telah menolak mereka dalam mana-mana PRU.

3.  Negeri Kelantan terdiri dari 95% orang Melayu dan Islam.  Selaras dengan Perjuangan UMNO adalah untuk menolong orang Melayu dan Islam maka Negeri Kelantanlah tempat yang terbaik bagi UMNO untuk membuktikan apa yang diperjuangkan selama ini… jika tidak perjuangan UMNO hanya layak dimuziumkan sahaja kerana cakap tidak serupa bikin…

4.  Jika perjuangan UMNO untuk membangunkan ekonomi orang Melayu maka inilah waktu yang terbaik untuk UMNO membuktikannya kerana apabila Kelantan memperolehi wang royalti maka lebih banyak pembangunan dan projek bagi menaik taraf orang Melayu di Kelantan boleh di buat.  Wang Ehsan sebaliknya akan mengulangi kesilapan dan memperbanyakkan lagi ketirisan wang sebagaimana rakyat mengetahuinya sebelum ini.

5.  Ehsan sepatutnya diberikan oleh negeri pengeluar bukannya negara penerima yang memberikan ehsan di atas hasil minyak negeri pengeluar. Inilah akibatnya apabila  dunia yang sudah terbalik…