KOTA BHARU, 9 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini memberitahu kerajaan negeri itu juga akan menolak program Biro Tata Negara (BTN) selagi ianya tidak diubah pada dasar Islam.

Ianya sejajar dengan tindakan negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) yang lain seperti Selangor dan Pulau Pinang yang menharamkan program berkenaan kepada semua kakitangan dan pegawai kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media pada sidang media di pejabatnya hari ini bagi mengulas isu BTN yang kini hangat masih hangat diperkatakan.

Nik Aziz bagaimanapun berkata, beliau bersetuju dengan program berkenaan sekiranya kurikulum BTN dirombak mengikut acuan Islam demi untuk kepentingan semua pihak, berbanding apa yang ada sekarang lebih pada penekanan bangsa.

Jelasnya, rombakan itu mesti diubah dalam semua aspek yang berkaitan dengan Islam, sama ada dari segi ekonomi, social, budaya atau sebagainya.

“Memang Malaysia sebuah negeri yang berbilang bangsa, namun Islam tidak mengutamakan bangsa di muka dunia ni dan tidak ada yang terlebih daripada bangsa lain di sisi Allah, begitu juga bangsa Arab.

“Walaupun Nabi Muhammad dari bangsa Arab, tetapi Islam tidak meletakkan bangsa Arab melebihi daripada bangsa lain.

“Kalau bangsa Arab tidak ada kelebihannya, bangsa lain seperti Melayu contohnya apa peliknya,”ujarnya.

Oleh yang demikian, tambahnya BTN yang telah lama menggunakan medan berkenaan untuk menghasut rakyat supaya membenci bangsa lain atau sebagainya, perlu dirombak mengikut acuan Islam.

Katanya, sebelum ini beliau tidak mempunyai ruang untuk bersuara, hanya menegur secara umum berhubung kurikulum yang terdapat dalam program BTN itu.

“Tetapi sekarang ni, peluang tu makin terbuka, makin terbuka dan makin terbuka pekungnya yang dibuat oleh umno sendiri,”ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, oleh kerana Umno yang menguasai kepimpinan negara yang menolak Islam, terlalu sukar untuk diubahnya.

“Yang ada untuk memudahkan ianya berjaya dibuat, pilihan raya 13 ni, jangan undi Umno dan BN, sebaliknya undi parti Islam dan pakatan rakyat,”ujarnya

————————————————————————————–

Saya amat bersetuju dan menyokong pendirian kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang menolak program BTN untuk kakitangan mereka.  Saya sendiri berpengalaman berbahas dengan orang kuat BTN. Bila berbahas isu yang dibangkitkan ialah soal ketuanan Melayu dan persoalan kerusi orang melayu di Parlimen yang semakin terhakis. Pentingnya menyokong UMNO untuk mendaulatkan kedudukan orang Melayu di Malaysia.  Saya katakan bahawa ketuanan Islam lebih mulia dibincangkan dan Islam mampu menyatukan semua bangsa untuk memimpin Malaysia. Kedudukan Islam yang tercabar lebih utama dibahaskan dari membicarakan soal perkauman.  Nampaknya Isu perkauman telah mula diperkatakan semula oleh Bapak UMNO Malaysia iaitu Dr M.  Kepada rakyat yang terkeliru dengan perjuangan Islam Hadhari sebelum ini maka tunggu apa lagi marilah kita bersama dengan perjuangan Islam dan tinggalkan perjuangan perkauman yang sempit demi kejayaan kita semua di dunia dan di akhirat.