Parlimen 16 Dis : Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Oktober lalu disabotaj MPnya sendiri apabila undi belah bahagian yang dijalankan pada malam hari Selasa hanya sekadar menang dengan satu undi sahaja sedangkan majoriti mudah BN di Dewan Rakyat sepatutnya lebih 20 undi.

Siapa sabotaj siapa? Diketuai Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, Ong Ka Chuan, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri BN memandang mudah perjalanan Dewan Rakyat. Mereka ini hanya hadir ke dewan sewaktu pembentangan sahaja. (Kerana hanya beberapa orang Menteri dan timbalan menteri yang kelihatan)

Di mana Si Khairy waktu itu. Mungkin beliau ada alasannya tersendiri merayakan kejayaan bolasepak di Laos.

Begitu juga di sebelah pembangkang, Kenapa Ketua Whip PKR iaitu MP Gombak (buat kerja apa), MP Bandar Tun Razak (MB Selangor), Lembah Pantai (Luar Negara), Hulu Selangor (masalah kesihatan), Bayan Baru ? dan Kapar.

Pihak PAS pula yang tidak hadir Pokok Sena (Luar Negara), Kuala Krai (bergegas balik kawasan), Baling (kuliah maghrib), Hulu Langat (program kawasan), Parit Buntar (program kawasan)

Manakala DAP pula: Bukit Gelugor, Puchong (digantung setahun), Bagan (Ketua Menteri), Seputeh (Exco Selangor) dan lain-lain,

Masing-masing ada alasan yang kesemuanya menyesal. Peluang terbuka luas untuk Pakatan Rakyat, tetapi tidak diambil kesempatan. Peristiwa sebegini tidak akan berlaku lagi pada masa depan kerana mulai semalam timbalan menteri telah diarahkan oleh PM supaya sentiasa berada di Dewan Rakyat.

Nota: (dalam kurungan) – alasan semata-mata.

Berita terdahulu:
Kira-kira pukul 11 malam tadi di Dewan Rakyat, Barisan Nasional (BN) melalui saat paling mencemaskan apabila jumlah undi diperoleh untuk meluluskan Bajet 2010 terlalu tipis.

Ia berikutan kehadiran Ahli Parlimen BN yang mengecewakan sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergegas ke Parlimen untuk turut serta mengundi.

Ada yang menyifatkan saat tersebut sebagai cabaran paling getir bagi BN kerana implikasinya terlalu besar jika bajet itu gagal diluluskan.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak diluluskan malam tadi, kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.

“Ini juga bermakna kerajaan tidak akan mendapat perbelanjaan yang dibentangkan baru-baru ini kerana Dewan Rakyat tidak meluluskannya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Parlimen hari ini.

Dalam sesi pengundian belah bahagian itu, BN berjaya mengatasi pembangkang sebanyak tiga undi (66-63) – membolehkan Bajet 2010 akhirnya diluluskan. – petikan dari blog jiwa kelate