Salam perjuangan…

Saya mengmbil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masihi.  Semoga tahun yang mendatang ini akan menjanjikan kita sejuta berita baik dan mengembirakan buat semua khasnya kepada semua para pejuang Islam yang sedang bertungkus lumus menunaikan tanggunjawab mereka masing-masing.

Kepada semua yang berlaku di dalam tahun 2009 hanyalah tinggal kenangan serta lipatan sejarah yang tidak mampu dipadamkan lagi.  Semua perbuatan baik atau jahat telah direkodkan sebagai tinta sejarah lebih-lebih lagi direkodkan oleh penulis yang setia di kiri kanan kita untuk kita kembali berhadapan dengan Allah SWT bagi menentukan untung baik buruk kita kelak.  Ya Allah ampunilah segala kesalahan ku samada yang disengajakan atau tidak, samada yang diketahui atau tidak, samada yang kecil atau besar, samada terang atau tersembunyi, samada zahir atau batin. 

Senario politik Kelantan yang kembali bergegar diharapkan dapat diselesaikan secara baik pada tahun 2010.  Saya mengharapkan PAS akan kekal di atas landasan dan namanya sebagai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bukannya Parti Asri Sekeluarga menurut tulisan Dato Husam ataupun Parti Ayahzit Sekeluarga menurut tulisan kickdefella.

Marilah semua pihak samada dia Tok Guru, Ustaz, buruh, orang jahil bermuhasabah sebanyak mana kesilapan yang kita lakukan sepanjang 2009.  Masih belum terlewat untuk kita semua bertaubat dan memohon keampunan dari Allah SWT serta memperbetulkan segala kesilapan kita.  Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya…. tetapi harus diingatkan jika kita merasakan diri kita sahaja yang betul dan tidak mahu mendengar nasihat dan teguran dari orang lain maka kita dibimbangi di tipu oleh Syaitan laknatullah…Nauzubillah…

Saya juga menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya tulisan saya mengguriskan perasaan orang yang tidak bersalah.  Saya hanyalah insan biasa bukannya tok guru dan tidak terlepas dari dosa dan kealpaan dalam sepanjang menulis pandangan dan buah fikiran yang tidak seberapa ini.  Maafkan saya…..Ya Allah Ampuni Daku insan yang lemah ini…….