Salam perjuangan….

Malaysia sebuah negara yang dilimpahi oleh Allah SWT  sebagai negara yang mempunyai pelbagai sumber samada dari dalam bumi atau di atas bumi, samada di daratan atau[un di lautan. Namun pembaziran kurniaan Allah oleh pemimpin yang tidak pandai memerintah menyebabkan hasil bumi dan laut di Malaysia tidak mampu menjadikan rakyatnya bebas dari belenggu kemiskinan dan menjadikan rakyatnya penagih subsidi kerajaan.  Sepatutnya pemimpin yang diamanahkan tidak membangkitkan soal subsidi kerana ianya merupakan satu perkongsian untuk merasai nikmat Allah yang dikurniakan kepada negara Malaysia.  Mungkin ini kehendak pemimpin UMNO yang sengaja menjadikan rakyat penagih subsidi demi memperolehi setiap undi menjelang setiap kali PRU diadakan.  Subsidi satu billion diungkitkan oleh menteri sedangkan kehilangan berbillion ringgit melalui projek runding terus dan penyalahgunaan kuasa contohnya isu PKFZ malah pembaziran beratus juta billion di zaman pemerintahan mahathir dan pak lah mengapa tidak dibangkitkan ??? Wahai Rakyat Malaysia sedar dan bangkitlah menuntut hak kita untuk memilih pemimpin yang betul-betul amanah dan bersedia berkongsi susah senang bersama rakyat di dalam pelbagai hal.  Berikan undi anda kepada PR dalam PRU ke 13 nanti.

Dua harga petrol bermula 1 Mei

PETALING JAYA- Dua harga petrol berbeza untuk warganegara dan bukan warganegara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata, bagi warganegara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermaka bukan semua warganegara akan menikmati subsidi yang disediakan.

“Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Subsidi ini sepatutnya lebih kepada golongan berpendapatan rendah,” katanya selepas merasmikan identiti korporat baharu bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd.

Golongan yang mendapat subsidi, katanya akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol.

“Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10.

“Jadi, mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warganegera, akan membayar RM2.10 atau lebih,” katanya.

Ismail berkata, kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei.

Selain mengekalkan subsidi minyak, kerajaan juga masih mengekalkan subsidi gas, gandum, dan juga gula, katanya.

Menurut Ismail, walaupun harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen, namun kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 80 sen.

“Tahun lepas kerajaan memberi subsidi sebanyak 60 sen sekilogram, namun
disebabkan kenaikan harga gula dunia yang mendadak sejak Ogos tahun lepas,
kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1.00, sebab itu kita naikkan harga,” katanya.

Dengan subsidi 80 sen yang diberikan itu, katanya kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion tahun ini berbanding RM720 juta tahun lepas.-Bernama