Salam perjuangan…

Patik ingin merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor kepada semua kerabat Diraja Johor. Semoga Roh baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah SWT di tempat yang baik di akhirat nanti. 

Apa pengajaran yang boleh kita perolehi dari kemangkatan Almarhum baginda ialah semua pihak wajib bersedia untuk menghadapi saat kematian yang bakal tiba.  Kematian tidak mengenal darjat dan kedudukan, bila sampai ajalnya maka saat kematian itu tidak akan diawalkan sesaat ataupun dilewatkan sesaat.  Persiapan menghadapi mati ini adalah bukti keimanan kita kepada Allah SWT.  Apabila mati anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah,ilmu yang bermanafaat dan akhirnya anak yang soleh.  Bagaimana persiapan kita untuk mewujudkan talian hayat selepas kematian kita nanti ?