Salam perjuangan…..

Tiba-tiba kita semua dikejutkan dengan penubuhan satu jawatankuasa untuk mengendalikan wang ehsan yang ditubuhkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan wakil Kerajaan Negeri Kelantan akan di jemput untuk turut sama berada di dalam Jawatankuasa tersebut. Maka apabila YAB Tok Guru Nik Ab Aziz Nik Mat MB Kelantan yang sah menolak tawaran tersebut dan menganggap kerajaan Pusat mencuri harta rakyat Kelantan maka dihebohkan tindakan tersebut akan merugikan rakyat Kelantan.  Saya sendiri merasa hairan bagaimana PAS pula yang di tuduh mengambil tindakan merugikan rakyat Kelantan sedangkan jika kita masih ingat sewaktu mula-mula Kerajaan Negeri Kelantan menyuarakan keinginan Kerajaan Negeri untuk menuntut wang royalti setelah sekian lama perkara ini disembunyikan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu bermula 2004 lagi malah kawasan perairan dengan Negeri Terengganu juga telah sekian lama mengeluarkan hasil minyaknya,  siapa orang yang menidakkan tuntutan royalti tersebut ?  Bukankah Dato Pa dan Dato Awang Adek dengan lantangnya mengatakan bahawa Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti tersebut dengan pelbagai alasan yang gagal di terima oleh kita semua.

Hari ini tiba-tiba Dato Pa mengatakan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan menolak untuk menganggotai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh JPPK tersebut sebagai tindakan yang merugikan rakyat Kelantan. Apakah tindakan beliau dan awang adek yang menafikan secara terus-terusan hak rakyat Kelantan bukan satu tindakan yang merugikan rakyat Kelantan ? Kenapa hari ini baru hendak menjadi juara rakyat sedangkan sepatutnya UMNO lah orang yang terkehadapan untuk menuntut royalti tersebut iaitu setelah pengeluaran minyak di sekitar perairan Kelantan samada di kawasan pertindihan, persempadanan atau tidak.  Jika tidak kerana YB Dato Husam Musa dapat menghidu persembunyian fakta pengeluaran minyak dari telaga milik rakyat Kelantan maka saya rasa selagi itulah UMNO akan mendiamkan diri dan tidak akan menuntut royalti minyak untuk dinikmati oleh rakyat Kelantan.

Saya kira rakyat Kelantan amat matang dengan sepak terajang politik yang cuba dimainkan oleh UMNO bagi menidakkan perjuangan PAS dan sekaligus menangguk di air yang keruh untuk menjulang nama UMNO sebagai juara rakyat.  “Muka tak malu ” inilah istilah yang sepatutnya kita katakan kepada Dato Pa, Dato Awang Adek dan kuncu-kuncunya…….

Ayuh rakyat Kelantan kita sama-sama hadirkan diri di Stadium Sultan Mohamad Ke IV pada 28 jan 2010 iaitu hari Khamis (esok) bermula maghrib untuk sama-sama kita bermunajat semoga Perdana Menteri akan setuju membayar wang royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya wang ehsan melalui JPP selain kita mendengar penjelasan terbuka oleh YBM Tengku Razaleigh selaku pengerusi Petronas pada masa perjanjian dilakukan dulu.