Salam perjuangan….

Perkembangan muttakhir ini di dalam PAS membimbangkan saya yang kerdil ini apabila melihat luahan, rintihan atau bantahan orang bawah seolah tidak bermakna kepada pimpinan tertinggi PAS.  Kekalutan dari keputusan jawatankuasa disiplin PAS yang dipengerusikan oleh seorang Ulama juga tidak berkesudahan hujung pangkalnya dan menimbulkan pentafsiran yang pelbagai dari perspektif masing-masing. 

Seorang pimpinan tidak mungkin akan menjadi seorang pemimpin jika tidak dipersetujui oleh ahli bawahan.  Semasa menawarkan diri untuk menjadi pemimpin maka ahli bawahan akan menjadi raja. Semua kehendak dan cadangan mungkin akan diikuti sepenuhnya namun malangnya apabila sudah menjadi pemimpin maka setengah pemimpin akan berkata apa yang orang bawah tahu mengenai sesuatu isu maka segala pandangan dan cadangan orang bawah kekadangnya akan dimasukkan ke bawah karpet. Apa yang menyedihkan lagi jika mahu berurusan pun tidak sempat kerana alasan kesibukan memikul amanah yang di galas.  Haruslah diingat rakyat atau ahli lah yang mengangkat kita menjadi pemimpin. Jesteru kesilapan dan tingkah laku pemimpin mungkin menyebabkan PAS akan di tolak oleh rakyat suatu hari nanti jika pemimpin merasai diri mereka sudah hebat dan tidak perlukan pandangan kedua dari orang bawahan atau ahli kita sendiri…

Apalah salahnya jika mendengar luahan dan cadangan dari orang bawahan dan mengakui kesilapan kita sepertimana Tok Guru Nik Aziz sendiri telah mengakui kesilapan beliau di dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan kerajaan dan rakyat Negeri Kelantan dan bersedia untuk membetulkannya semula apabila mendapat bantahan dan pandangan dari orang bawahan.

Saya menulis ialah dari penelitian saya terhadap perkembangan yang berlaku di dalam PAS yang kita semua sayang.  Sebagai seorang ahli yang ingin melihat PAS menerajui Putrajaya dan sekaligus menegakkan kalimah Allah di Malaysia tercinta sudah tentu tidak salah jika saya menulis berdasarkan penelitian saya.  Semoga saya dan semua pimpinan akan diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk menghadapi semua ujian dalam meneruskan perjuangan ini.