Salam perjuangan….

Penentangan rakyat terhadap keputusan Kerajaan BN meluluskan lesen judi bola nampaknya tidak memberikan kesan. Kekalahan di Sibu juga gagal memberikan amaran kepada BN untuk lebih berhati-hati membuat sebarang keputusan. Mungkin signal yang lebih jelas perlu diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan suara mereka. Satu-satunya cara untuk mengajar Kerajaan BN yang angkuh dengan mengenepikan perasaan majoriti penduduk Islam di Malaysia ialah dengan sama-sama menolak BN dalam PRU ke 13 nanti. 

Saya hairan dengan langkah yang di ambil oleh Kerajaan untuk menghalalkan judi dengan pelbagai alasan.  Saya semakin meragui keputusan tersebut samada untuk mencegah judi haram atau pun mengaut duit untuk kegunaan BN dalam operasi untuk mengalahkan musuh mereka dalam PRU 13 nanti sebagaimana Dato Husam telah berhujah. Jika sekiranya alasan untuk membendung kegiatan haram menyebabkan kerajaan telah meluluskan lesen tersebut maka saya rasa banyak lagi perkara haram yang perlu dilesenkan oleh kerajaan untuk menghalalkannya dan membendung kegiatan haram seperti lesen pelacuran, lesen membuat dadah, lesen memproses anak luar nikah dll. 

Apakah hukum haram sesuatu perkara akan menjadi halal dengan kelulusan mesyuarat kabinet ? Sudah banyak judi berleluasa di negara ini. Nampaknya UMNO tidak pernah berusaha untuk mengurangkannya tetapi sentiasa menambah lesen tersebut dari semasa ke semasa. Adakah ini langkah untuk membendung ataupun untuk menggalakkan rakyat supaya lebih bermoral ?

Saya sependapat dengan Dewan Pemuda PAS supaya rakyat menolak judi bukannya menolak bola …..Tolak..Tolak..Tolak UMNO BN…sokong..sokong…sokong…Pakatan Rakyat… Tawan Putrajaya PRU 13….