Salam perjuangan…..

Alhamdulillah setelah sekian lama kedudukan orang bukan Islam di dalam PAS di bahas dan di perhalusi. Setelah 6 tahun penubuhan Kelab penyokong PAS diwujudkan maka akhirnya YB Dato’ Seri Presiden PAS telah melancarkan penubuhan Dewan Perhubungan Penyokong PAS(DHPP) yang di lihat memberikan lebih fungsi dan autoriti kepada bukan Islam untuk sama-sama berjuang melalui wadah perjuangan PAS.  Tahniah kepada pimpinan yang telah membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan perjuangan Islam di Malaysia.  Inilah yang dikatakan politik baru PAS pasca 2o dekad. 

Satu perkara lagi yang harus disegerakan juga pendekatan politik baru PAS ialah menyakinkan pengundi Melayu bahawa PAS tidak menjual prinsip apabila membuat keputusan untuk bersama dalam Pakatan Rakyat.  Oleh itu dalam isu judi PAS seharusnya mengambil peluang untuk mengetengahkan pimpinan bukan Islam di kalangan PKR atau DAP untuk sama-sama memberikan pandangan berhubung dengan isu yang merupakan prinsip kepada perjuangan Islam.  Judi,rasuah, kebejatan sosial dan pelbagai isu yang boleh dikongsikan pandangan bersama dengan pemimpin bukan Islam.  Mungkin inilah juga peranan yang segera harus dimainkan oleh DHPP untuk menambahkan keyakinan masyarakat kepada PAS bagi melayakkan PAS menjadi sekutu yang dominan dalam PR selepas PRU 13 nanti.

Harapan baru PAS di Sibu dan khasnya di Sarawak jangan pula di pandang ringan. Rata-rata rakyat Sarawak dan Sabah yang berugama Islam mahukan PAS menjadi wadah perjuangan mereka namun keterbatasan gerakan yang di bawa oleh masyarakat tempatan seharusnya diberikan bantuan dan nafas baru oleh pemimpin PAS di semenanjung untuk mengembangkan pengaruh PAS di sana. Janganlah hanya menunggu saat pilihanraya barulah pimpinan kita berbondong-bondong ke sana.

Sekiranya PAS bersungguh-sungguh untuk menjadi sekutu yang dominan sebagaimana laungan dewan pemuda pas pusat yang mahukan pas memimpin bukannya di pimpin maka medan terbesar untuk merealisasikan hasrat tersebut ada di sabah dan sarawak.  Gerakkan jentera pemuda untuk mencapai laungan tersebut. Jangan hanya menang sorak tetapi tiada tindakan.  Congakan mudah untuk menjadi PAS dominan dalam PR ialah PAS wajib bertanding di 65 parlimen seluruh Malaysia. Gerak kerja konkrit harus di teliti dan di bahas bagi  memastikan kerusi tersebut bukan hanya sekadar untuk memasuki gelanggang pru tetapi perlu dipastikan menang.  Masa untuk pru semakin suntuk sedangkan persiapan belum kelihatan.  Relakah PAS menjadi parti yang paling corot dalam PR ??? Setelah itu mungkin DPPP akan sekali lagi melaungkan supaya PAS memimpin PR ??? Apakah ini satu perkara yang boleh dibiarkan berlaku dan sekaligus menampakkan kebodohan sendiri. Sekaranglah masanya untuk bertindak. Jika mahu bersuara lantang maka sekaranglah masanya….Jangan seperti pemuda UMNO apabila tanah tergadai, melayu semakin terpinggir maka terghegeh-hegeh pemuda UMNO menghunuskan keris taming sarinya melaungkan merekalah yang akan menjadi pejuang melayu yang tulin….