Assalamualaikum..

Baru-baru ini, gegak gempita media tanahair melaporkan kemasukan berita 40 orang ulama muda menyertai Umno. Saya terdiam. Bukan kerana tergamam, tapi menahan rasa geli, lucu dan hati rasa macam digaru-garu disebabkan akan kelucuannya. Ianya seakan akan sama dengan tindakan ketua Pemuda Umno and the gang yang menganjurkan bantahan judi bola di saat ianya dah sampai ke penghujungnya. Ataupun tindakan mengecam Israel yang menceroboh kapal bantuan kemanusiaan baru-baru ini.

Saya cuba meninjau pandangan pihak lain. Ada rakan yang berkata, 40 orang ulama itu umpama penyamun dalam cerita P.Ramle. Ada pula yang kata, mereka itu bukannya ulama, malah hanya insan biasa yang berserban dan berkopiah sahaja. Namun begitu, ada rakan UMNO pula mendakwa, inilah buktinya bahawa UMNO adalah wadah yang paling sesuai untuk mereka yang bercita-cita memperjuangkan Islam.

Bagi saya, secara peribadinya melihat isu kemasukan mereka itu kedalam UMNO sebenarnya tidak merugikan Pas sedikit pun. Atau dengan ertikata yang lain ianya tidak mendatangkan apa-apa perubahan pun kepada semua, mahupun kepada UMNO itu sendiri. Kenapa saya berpendapat sedemikian?

Pertama – Ulama muda itu bukannya datang dari PAS. Walaupun sebelum ini pun telah ada beberapa orang ulama yang memang ahli pas telah UMNO. Mereka itu bukan “ulama muda” bahkan “Ulama-ulama yang dah tua pun”. Kalau Ulama Tua yang berpaling tadah pun, PAS tidak tergugat apa-apa, inikan pula “ulama Muda” yang belum kenal politik dan bukan Ahli Pas pun. Nakhie Ahmad, Umar Khalid, Mohd Noor Idris dan Ghazali Losong, adalah antara Ulama-ulama “Tua” dari PAS yang menyertai Umno. Adakah selepas pemergian mereka Pas menjadi tak tentu arah?. Bahkan selepas pemergian mereka itulah Pas semakin mengorak langkah kejayaan dalam gelanggang politik tanahair.

Kedua – Percayalah, tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh ‘ulama-ulama Muda’ itu untuk merubah UMNO daripada wajahnya. Kehadiran mereka kedalam Umno ibarat 40 orang penumpang yang menaiki sebuah bas buruk yang dipandu oleh seorang pemandu yang mabuk. Walau seratus penumpang dibelakang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa jika pemandu mabuk itu menghalakan bas kearah gaung yang curam.Semua mereka gagal merubah Umno. Apakah dengan masuknya mereka kedalam Umno yang hanya “Ulama Muda” dan hanya seramai 40 orang itu berjaya menginsafkan Umno sehingga dengan nada kesal dan teresak-esak pemimpin Umno?

Ketiga – Mereka tidak akan kemana mana pun. Najib menerima mereka, tetapi awal-awal lagi telah membayangkan mereka tidak akan berada di posisi yang boleh merubah dasar yang dah jadi darah daging dan urat lendir Umno iaitu Sekular. Kerana, Najib awal awal lagi telah berkata, kehadiran mereka tidak bermakna Umno akan jadi “Parti Ekstrim Islam”. Kalau begitu tidak merasa lah budak-budak muda itu melonjak jauh dalam kepimpinan Umno, kerana jika mereka dipilih sebagai pemimpin maka dibimbangi Umno dilihat sebagai “lebih Ekstrim”. Lalu..kekallah 40 orang itu sebagai “penumpang” selama-lamanya. Nak jadi driver jauh sekali. Kalaupun diberi ruang..hanya sebagai “kondukter” yang akan bertempik kuat-kuat sambil bergayut dipintu Bas memanggil penumpang-penumpang lain menaiki kenderaan mereka.

Wallhua’alam