Assalamualaikum..Salam ukhwah fillah..

Wahhh..Harga petrol naik lagi, gula naik lagi, gas naik lagi”

Bak kata seorang teman, kerajaan pusat telah menyedut darah rakyat seperti lintah. Suntik pelali, pastikan darah cukup cair, kemudian hisap sehingga kenyang tanpa di sedari oleh sesiapa. Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan pusat. Selain dari kenaikan harga minyak ni, saya cadang naikkan jugak gaji-gaji menteri, biar puluh-puluh ribu, peruntukan untuk program hiburan pun patut dinaikkan lagi. AF, Mentor, Malaysian Idol. Tahniah dan Syabas !!!

Katakanlah apa saja, Subsidi di kurang ke, tambah ke.

Yang penting harga barangan akan naik lagi. Menurut Najib, rasionalisasi subsidi ini bertujuan membantu Malaysia mencapai kedudukan terbaik dan untuk mengurangkan defisit negara. Pengumuman ini menyaksikan kenaikan harga gula dan bahan api di pasaran. Seperti biasa, akan ada dua pandangan yang berbeza dalam isu ini. Satu pihak akan mempertahankan proses rasionalisasi ini, manakala satu pihak yang lain akan menggunakannya bagi memberikan satu lagi alasan mengapakah rakyat perlu mengundi pembangkang dalam PRU13 nanti.

RAKYAT DI TIPU

Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar pengumuman rasionalisasi subsidi diikuti dengan tindakan pengurangan gaji dan kemudahan untuk anggota kabinet, kakitangan kanan GLC dan kakitangan pengurusan atas sektor awam. Tindakan ini boleh sekurang-kurangnya menunjukkan kepada rakyat bahawa pemimpin negara juga sedia mengorbankan sedikit kemudahan tatkala rakyat merasai beban itu. Dalam bahasa yang mudah, rakyat tidak memikul beban tersebut sendirian. Saya tak fikir rakyat inginkan pemimpin politik hidup merempat. Namun, mereka juga tidak mahu pemimpin masih menunjukkan gaya hidup mewah tatkala kehidupan rakyat menjadi sukar akibat rasionalisasi subsidi ini. Usah perlekehkan kemampuan intelek rakyat untuk memahami keperluan rasionalisasi subsidi ini. Cuma, pada masa yang sama, usah juga mengharapkan rakyat sendirian memikul beban tersebut! Dengan kenaikan minyak ni akan naiklah semua barang keperluan harian. Kehidupan yang dah sedia sesak dan senak akan bertambah sesak lagi. Tolong kaji balik kenaikan ini. Kehidupan nampaknya semakin susah. Di mana slogan “pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan” itu??

KAPITALISME

Masalah kenaikan harga minyak yang kita lalui hari ini adalah suatu yang pasti berlaku dan akan terus berlaku selama mana sistem kapitalisme ini menjadi asas kepada kehidupan. Kita sebenarnya telahpun terperangkap di dalam lubang kapitalisme yang akan terus mewujudkan ketidakstabilan dan kenistaan di dalam kehidupan kita. Satu-satunya jalan keluar hanyalah dengan mengembalikan sistem Islam yang sebenar. Berjimat cermat dan bekerja utk menjana pendapatan lebih sememangnya amat di galakkan oleh Islam. Namun itu semua perlulah selaras dgn hukum syarak. Berjimat jangan smpai jadi bakhil dan mencari kekayaan biarlah dengan sumber dan cara yang halal. Harta kekayaan pula perlulah di belanjakan ke jalan Allah. Itulah matlamat sebenar seseorg Muslim yg ingin menjadi kaya.

RAKYAT DIDAHULUKAN?

Kepada yang masih tidur, hari ini BN naikkan 5 sen. Boleh tahu ke bulan depan BN tak akan naikkan lagi? Kalau naikkan lagi 5 sen pun rakyat akan kata “alah naik 5 sen jer”. Habis kalau dah setiap bulan sampai hujung tahun naik 5 sen tak jadi 30 sen nanti. Kenapa kerajaan BN tak naikkan terus RON95 kepada RM2.05? Sebabnya rakyat akan memberontak dan PRU13 pun dah nak dekat. Dahulunya kata minyak dunia mahal dan kita buat minyak murah RON95 supaya rakyat tak terbeban. Tapi minyak dunia turun kita pula naikkan harga minyak. Sebabnya KERAjaan dah tak tau mana nak cekau duit. Apa lagi bertepatan dengan konsep 1Malaysia “Rakyat DidaHULUkan”.

Sikit lagi elektrik dengan air pula naik. Lepas tu insurans kenderaan dan roadtax pula. Sebab benda-benda ini rakyat akan guna. Nak tak nak rakyat kena bayar juga. Kenapa tak naikkan bil ASTRO? Sebabnya tak semua rakyat yang berjuta-juta tengok ASTRO. Jadi cukai tak banyak yang KERAjaan BN boleh dapat. Mereka ingat rakyat ni bodoh dan buta boleh dipermainkan? Ayuh kita bangkit reformasi untuk menukar KERAjaan pada PRU13 akan datang.

Wallahua’lam