Assalamualaikum..

Salam sejahtera buat semua rakan seperjuangan. Selamat beribadah di akhir Syaaban saya ucapkan. Semoga kedatangan bulan Ramadhan nanti menjanjikan sejuta kenikmatan buat kita semua.

Posting saya kali ini merujuk kepada keputusan Pemilihan FAM 2010-2014 yang berlangsung pada 31 Julai baru-baru ini. Alhamdulillah, sejujurnya saya rasa bangga juga bila boss KAFA jadi orang no.2 di FAM.

Saya lihat, pemilihan Tan Sri Annuar Musa adalah tepat dan kena pada masanya kerana prestasi  beliau sebagai Presiden KAFA. Beliau telah berjaya menjenamakan semula KAFA membawa kepada keyakinan kepada semua peminat bolasepak, lebih-lebih lagi kepada para pemain bahawa masa depan bolasepak negara adalah terjamin.

Cuma, harapnya ‘gelanggang’ bolasepak ini tidak disalahgunakan oleh beliau untuk dijadikan pentas politik bagi menghentam Pakatan Rakyat.