Alhamdulillah..12 Ogos lepas, saya berkesempatan menghadiri majlis pelancaran matawang syariah di Kelantan Trade Centre. Syabas kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang mendahului kerajaan pusat dalam isu ini. Dinar dan dirham tersebut akan digunakan di kira-kira 1,000 premis perniagaan di sekitar negeri. Sebenarnya, penggunaan dinar emas di Kelantan telah diperkenalkan sejak 4 tahun dahulu dan dikhabarkan penggunaan ini mendapat sambutan yang baik.

Dinar Emas ialah syiling emas 22 karat atau emas 916% ketulinannya. 1 Dinar bersamaan 4.25gram. Dinar Emas Kelantan dikeluarkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan di uruskan oleh Kelantan Gold Trade. Sebenarnya, penggunaan dinar emas dan dirham perak ini masih belum meluas lagi. Ianya masih terhad kepada urusan penggunaan seperti, pembayaran gaji, zakat, mas kahwin & simpanan. Ini kerana Seksyen 4 (1) Akta Legal Tender, Akta Bank Pusat 1958 dengan jelas menghalang penggunaan matawang lain selaing Ringgit Malaysia. Walaupun emas dinar dilancarkan di Kelantan, tidak bererti ianya akan digunakan sebagai mata wang, sebaliknya ia hanya digunakan sebagai tujuan diatas.

Seperti di duga, pihak Kerajaan Pusat sengaja memutar belitkan isu ini dan mendakwa Kerajaan Kelantan memandai-mandai mahu mencipta matawang sendiri. Betapa kolotnya pemikiran mereka. Bagi saya,penggunaan ini tiada masalah, kerana menurut TGNA ianya lebih kepada sistem barter, iaitu pertukaran barangan suka sama suka, tetapi kenyataan atau kegunaan lain dinar emas yang mana membolehkannya digunakan dalam urusan jual beli itulah yang menjadi persoalan dan bercanggah dengan seksyen diatas.

Seperti yang sedia maklum, harga emas adalah stabil, oleh itu dinar emas sesuai dijadikan simpanan. Kini, jika pergi ke kedai emas, dan serahkan satu keping dinar untuk ditukarkan kepada wang biasa, harganya tentu melambung naik kerana mengikut harga semasa emas pada tahun lepas sahaja, ianya telah meningkat kepada 30 peratus.

Bak kata TGNA, “Mata wang syariah ini hanya pilihan kepada orang ramai untuk menggunakannya, tetapi ia juga untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Islam mempunyai mata wang sendiri untuk perdagangan.Sejarah juga membuktikan bahawa dinar emas dan dirham perak tidak akan terjejas dengan inflasi sehingga menjejaskan ekonomi negara.

ANTARA KELEBIHAN PENGGUNAANYA :-
1. Ia merupakan matawang sunnah
2. mempunyai nilai yang tersendiri
3. nilainya diterima tidak kira di mana
4. nilainya seiring dengan harga barangan
5. Perlindungan dari inflasi

HARGA PASARAN SEMASA DINAR EMAS & DIRHAM
1/2 Dinar :: RM 293
1 Dinar :: RM 586
2 Dinar :: RM 1,172
5 Dinar :: RM 2,930
8 Dinar :: RM 4,688

1 Dirham :: RM 13
2 Dirham :: RM 26
5 Dirham :: RM 65
10 Dirham :: RM 130
20 Dirham :: RM 260