Surely we belong to Allah and to Him shall we return”
“DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH KITA KEMBALI”

Belansungkawa buat ADUN Galas, Allahyarham Che Hashim Sulaima, 48, yang telah pulang ke rahmatullah petang tadi, 27 Sept 2010 di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Khabarnya, pada 26 Julai lalu, Allahyarham telah dirawat di ICU Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah setelah membuat rawatan kemoterapi di China selama 10 hari. Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk berdarah.

Untuk rekod, Allahyarham telah merampas kerusi DUN Galas daripada UMNO dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu, mengalahkan calonnya, Saufi Deraman. Beliau mendapat 4,399 undi, manakal Saufi mendapat 3,753 undi.

Sabda Rasulullah S.A.W:
“Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara :- sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh.

Semoga Allah memasukkannya ke dalam syurga bersama pejuang-pejuang islam terdahulu. Amiin ya Rabb!!