SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA..

Sebagaimana kita maklum, PRK DUN Galas akan berlangsung tak lama lagi. Pelbagai ulasan mahupun pendapat yang menjulang puak-puak UMNO kedengaran di media massa. Amat sedikit sekali, bahkan hampir tiada langsung berita mengenai PAS. Inikah yang dikatakan kebebasan media?

Sehari dua ini, kedengaran pula permintaan agar pimpinan PAS yang meminta agar UMNO tak bertanding demi perpaduan melayu, dan tentunya saranan tersebut tidak diendahkan oleh UMNO, yang lebih penting bagi mereka ialah kuasa & ketuanan melayu. Melayu, melayu, melayu. Di manakah letaknya islam dalam parti ini?

DUN Galas terletak di Parlimen Gua Musang, meliputi separuh daripada kawasan Bandar. Jiran bagi DUN Galas ialah DUN Nenggiri & Paloh yang di kuasai oleh UMNO. Sejarah DUN Galas agak panjang. Ianya ditubuhkan pada tahun 1986, PAS hanya menang sekali sahaja :- iaitu pada PRU 12 yang lalu. Manakala pada 1990 dan 1995, ia dimenangi oleh Semangat 46. UMNO pula menang 3 kali iaitu pada 1986, 1999, dan 2004. Jadi jelas ia kawasan hitam buat PAS.

Walaubagaimanapun, berpandukan ‘cuaca’ PRU 12 yang lepas, PAS boleh menarik nafas lega kerana bilangan undi merosot hanyalah sedikit sahaja dalam mana-mana PRK. Bahkan PAS boleh berbangga kerana selepas PRU 12, Pas boleh merampas Kuala Terengganu daripada UMNO. Jadi jelas bahawa tak mustahil PAS boleh pertahankan kerusi ini, tetapi tentunya akan mendapat tentangan sengit daripada UMNO. InsyAllah, PAS boleh.

PILIHANRAYA UMUM 1986

Jumlah Pengundi – 7039. Jumlah Keluar Mengundi – 4926
1. Zakaria Hassan (BN) – 3420
2. Ibrahim Abdullah (PAS) – 1281 (Majoriti :- 2139 – BN)

PILIHANRAYA UMUM 1990

Jumlah Pengundi – 8737. Jumlah Keluar Mengundi – 6429
1. Hj Zakaria Hj Hassan (BN) – 1760
2. Hj Omar Mohamed (S46) – 4465 (Majoriti :- 2705 – S46)

PILIHANRAYA UMUM 1995

Jumlah Pengundi – 11,231. Jumlah Keluar Mengundi – 7953
1. Omar Mohamed (S46) – 4056
2. Zakaria Hassan (BN) – 3163
3. Nik Ismail Wan Idris (AKIM) – 205 (Majoriti :- 893 – S46)

PILIHANRAYA UMUM 1999

Jumlah Pengundi – 12,091. Jumlah Keluar Mengundi – 8705
1. Zulkifli Mohamad (PKR) – 3072
2. Mohamad Saufi Deraman (BN) – 5336 (Majoriti 2264 – BN)

PILIHANRAYA UMUM 2004

Jumlah Pengundi – 8972. Jumlah Keluar Mengundi – 6805

1. Mohamad Saufi Deraman (BN) – 4184
2. Chek Hashi Sulaiman (PAS) – 2455 (Majoriti :- 1729 – BN)

PILIHANRAYA UMUM 2008

1. Mohamad Saufi Deraman (BN) – 3753
2. Che Hashim Sulaiman (PAS) – 4399 (Majoriti :- 646 – PAS)