Assalamualaikum..

Alhamdulillah, segala puji kepada Allah, Tuhan semesta alam

Posting kali ini, saya lebih tertarik untuk membicarakan mengenai Ekspo Cheng Ho yang telahpun berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Mohd IV dari 21 – 26 November ini. Saya secara peribadi merakamkan jutaan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato Hj Husam dan barisan exco kerajaan negeri, ahlijawatankuasa, petugas, sukarelawan dan juga kepada sesiapa sahaja yang terlibat menjayakan program antarabangsa ini.

Walaupun ianya pertama kali di anjurkan, namun atas tanggungjawab, semangat dan iltizam yang tinggi telah meletakkan kerjasama perdagangan – ekonomi ini ke landasan yang terbaik dari segenap segi. Tentunya kita maklum, China merupakan sebuah kuasa besar ekonomi dunia yang sedang naik dengan mendadak. Lihatlah di sekeliling anda dan carilah barangan yang tertera perkataan ‘MADE IN CHINA’? Pasti banyak. Yang hebatnya, Kelantan mendahului Kerajaan Pusat dalam memanafaatkan kerjasama perdagangan melalui penganjuran sebegini.

Kita bukan membicarakan mengenai keuntungan ataupun bisness semata-mata, tetapi lebih kepada nikmat yang di zahirkan. Katakan apa saja, pendidikan, kebudayaan, ekonomi, persaudaraan atau apa sahaja, ianya mula terserlah di sini.

Fakta sejarah islam menyatakan, Islam terlebih dahulu sampai ke China sebelum mara ke Tanah Melayu. Bagi saya, ini satu kenyataan hakiki yang amat bermakna. Sesungguhnya orang Islam itu bersaudara, tetapi malangnya persaudaraan itu jarang dapat dirasa kerana sifat rakus nafsu manusia membuatkan kita individualistik sifatnya. Persaudaraan sesama islam, lebih penting dari isu kebudayaan, fahaman, bahasa yang diadun dengan berkesannya melalui ekspo ini


 

Media massa pro BN mungkin memandang sinis, memberi liputan yang amat terhad. Sampai bila mereka perlu bersikap berat sebelah terhadap Kelantan? Katalah apa saja, namun yang pasti ianya bakal meletakkan Kelantan sebagai destinasi ekonomi dan pelaburan utama khususnya bagi pelabur, peniaga dan pengguna dari negara China dan negeri Kelantan.

Akhirnya, tahniah kepada semua. Semoga program ekspo terbesar di Kelantan ini berjalan dengan selamat dan jayanya, insyaAllah.

TAKBIR, Allahuakbar !! (3x)

Advertisements