SALAM PERJUANGAN…

Alhamdulillah, musim peperiksaan tiba lagi. Kadang-kadang kasihan juga melihat adik-adik di luar sana bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran sampai lewat malam. Semuanya kerana ingin lulus dalam peperiksaan penting ini.

Sedikit muhasabah buat semua, ini cuma peperiksaan di dunia. Bagaimana pula peperiksaan di akhirat nanti? Sama-sama kita renung ke dalam diri.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM dan STPM yang telah bermula pada 23 Nov lepas. Ucapan ini saya tujukan kepada semua pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut khususnya kepada bekas anak murid saya di mana jua berada.

Pastikan anda membaca soalan dan memahami kehendak soalan sebelum mula menjawab. Selamat berjuang, dan saya doakan semoga anda semua dapat menjawab dengan cemerlang.

BUAT SEHABIS BAIK. ALL THE BEST !!