Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tahun baru Islam tiba lagi. Saya mengambil kesempatan yang terluang ini mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Marilah bersama kita hayati sedalam-dalamnya erti sebenar Hijrah. Bersama kita hisab diri, membaikpulih hubungan kita semua, kerana tentunya ada sesuatu yang sangat memerlukan untuk kita berhijrah dari keadaan yang kurang baik kepada baik dan seterusnya dari baik kepada yang lebih baik dan seterusnya kepada hidup yang lebih cemerlang.

Tanpa perpaduan, tanpa kerjasama, tanpa tolak-ansur, tanpa keamanan dan keharmonian segala apa yang diperjuangkan akan tetap terus menjadi sukar untuk digapai. Maka, ambillah kesempatan pada Tahun Baru 1432 Hijrah ini melakukan hijrah daripada perpecahan, perbalahan dan pertikaian yang merugikan kepada semangat bersatupadu demi kekuatan dan keutuhan agama Islam tercinta.

Salam Maal Hijrah 1432 !