Assalamualaikum…
Salam ukhwah fillah & salam perjuangan yang berterusan..

Alhamdulillah, dikala hujan mencurah-curah yang mewarnai musim tengkujuh kali ini, saya berkempatan untuk membuat ‘posting’ mengenai wikileaks yang menggegar dunia baru-baru ini.

Tahukah sahabat sekalian apa itu wikileaks? Wikileaks telah diasaskan oleh seorang rakyat Australia yang bernama Julian Assange. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1971 di Townsville, Queensland. Bekerja sebagai ketua pengarang dan jurucakap Wikileaks. Sebelum Wikleaks, beliau ialah seorang penuntut universiti Melbourne, hacker dan programmer komputer. Beliau telah menubuhkan Wikileaks pada tahun 2006 dan memberikan berita-berita penting dan informasi kepada orang ramai dengan cara mereka sendiri. Antara anugerah yang dimenangi Wikileaks:

(2008) – Economist Index on Censorship Freedom of Expression award
(2009) – Amnesty International human rights reporting award

Julian Assange diundi no 23 di kalangan “50 tokoh Berpengaruh di Dunia 2010” majalah British, New Statesman. Dinamakan sebagai salah seorang daripada “25 TOkoh berwawasan yang mengubah dunia” Dalam majalah Utne Reader terbitan November / Disember. Beliau juga dipilih dalam majalah Time sebagai “Tokoh Tahun 2010” pilihan pembaca.

Banyak pandedahan didedahkan oleh laman web Wikileaks, lebih 250,000 dokumen diplomatik yang mengandungi maklumat sulit Amerika Syarikat (AS) dan dikaitkan dengan beberapa negara. Penyelidikan nuklear Pakistan, Pemimpin-peminpin negara Arab terhadap Iran, dan sebagainya. Dokumen-dokumen lain mengenai serangan siber China terhadap Google, Penyatuan semula Korea, Kenyataan Presiden Yemen mengenai serangan ke atas al-Qaeda, Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan Gerrard rasa banyak lagi kot dokumen yang akan dibongkarkan.

Wikileaks menggambarkan AS sebagai kuasa besar hipokrit dan imej ‘jahat’ dikatakan secara tertutup berbanding imej ‘baik’ yang ditinjolkan. White House berkata pendedahan tersebut tidak berasas dan membawa risiko kepada diplmat, pegawai risikan dan semua individu yang datang ke AS. Rasa macam nak sokong Wikileaks lak bila tahu semua benda ni.

Terkini, Julian Assange ditahan atas dakwaan dia mencabul dan merogol dua wanita di Sweden dan telah dibebaskan dengan jaminan tetapi dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran dan memakai tag elektronik. Bank of America juga menghalang sebarang transaksi dengan Wikileaks kerana percaya mereka mungkin terlibat dengan aktiviti tidak sesuai dengan dasar dalaman bank. MasterCard, PayPal dan juga Visa Europe juga turut menghalang transaksi ke lawan tersebut. Walaubagaimana pun, Wikileaks masih diteruskan dengan lancar dan pendedahan maklumat setiap hari dan tidak akan berubah.

Malaysia pun tidak berkecuali dari menjadi mangsa Wikileaks apabila ianya mendedahkan mengenai kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Sri Najib Tun Razak, Singapura, kaitan peluru berpandu dan mungkin masih banyak lagi. Seperti yang kita mahu, tiada tipu-menipu, konspirasi dalam semua perkara dan harap pendedahan ni bakal memberitahu yang mana salah dan benar.

Anda menyimpan rahsia atau nak tahu rahsia siapa-siapa? sila layari Wikileaks, harapnya lebih banyak rahsia besar BN yang akan terdedah.🙂

Wallahua’lam
sumber rujukan : internet