Salam kemenangan…

Alhamdulillah, segalanya telah termaktub. Katalah apa yang nak dikata. Kita dah main macam Manchester United. Sepatutnya tambah 2,3 gol lagi. Tapi orang kata, tak elok kita riak sangat. Hidup bola sepak Malaysia.

TAKBIRRR !!!

Setinggi penghargaan untuk wira kita, Norshahrul Idlan Talha & Khairul Fahmi. Kalian merupakan bintang contoh kepada senario politik tanahair, lebih2 lagi kepada Pakatan Rakyat, kenapa saya katakan demikian? Kerana, kalian sentiasa berpandangan bahawa sukan adalah alat yang amat berkesan dalam usaha membina dan membangunkan manusia.

Walaupun bolasepak malaysia dianggap sebagai ‘budak belasahan’ sejak sekian lama, tetapi perlawanan malaysia menentang Indonesia Ahad lepas menggambarkan sesuatu yang amat istimewa, hebat dan sarat dengan makna jika kita mahu melihatnya secara menyeluruh dari pelbagai sudut, lebih2 lagi sudut politik. Ada sesuatu yang boleh kita pelajari.

Saya ingin mengambil 2 orang pemain ini yang pada pandangan saya amat ‘istimewa’ dan wajar dijadikan contoh oleh pimpinan dan ahli parti.

Shahrul Idlan adalah ‘pengantin baru’, tetapi belum sempat meraikan hari bahagia itu, beliau nor shahrul telah turun ke padang, berlatih dan bermain untuk negara. Satu pengorbanan yang besar demi negara yang wajar kita contohi. Sedangkan kita, seringkali tidak hadir usrah ataupun apa-apa program anjuran parti dengan bermacam alasan yang memualkan. Kenapa susah sangat nak ada semangat macam Shahrul?

Begitu juga dengan Khairul Fahmi, ibunya hanya penjual nasi berlauk di Cherang. Beliau bukan hanya menjaga gawang dengan tangannya bahkan dengan seluruh jiwa raganya. Bijak, bersemangat dan bersungguh-sungguh serta sangat fokus terhadap perlawanan.

Mereka tidak bermain untuk kepentingan diri walaupun ada peluang TETAPI lebih cenderung untuk mengumpan bola kepada rakan yang mempunyai peluang lebih baik. Sikap sanggup berkorban dan meletakkan kepentingan pasukan mengatasi kepentingan diri membolehkan kejayaan di genggami dengan erat.

Persoalannya adakah pimpinan, ataupun kita sendiri sebagai ahli parti mempunyai nilai yang sama? Fokus, bersungguh-sungguh, penuh strategi, sanggup ketepikan kepentingan diri untuk kepentingan bersama, berusaha hingga ke saat terakhir, bekerja sebagai sebuah pasukan?

Fikirlah dengan TENANG. Marilah kita berpolitik seperti Norshahrul, Khairul Fahmi dan rakan-rakannya bermain dan InsyaAllah kita akan menjulang kemenangan dengan tenang di TENANG.