Salam Perjuangan….

Petang tadi saya berkebetulan berbicara dengan seorang Ahli Perniagaan Cina berhubung dengan peluang PAS memenangi sekali lagi PRU di Kelantan. Beliau mencetuskan pandangan yang kontroversi dengan saya iaitu meminta rakyat memberi peluang kepada UMNO untuk memerintah Kelantan sekali dengan alasan bahawa PAS di lihat tidak mampu membawa perubahan kepada rakyat dari segi pembangunan.  Saya menjawab cadangan beliau supaya berfikir dengan lebih jauh ke hadapan.  Sekarang ini kerajaan PAS telah berjaya membawa perubahan kepada rakyat samada pembangunan rohani dan jasmani. Kemampuan PAS dari segi kewangan memang terhad kerana kezaliman yang di buat oleh UMNO.  Isu geran tahunan, royalti dan pelbagai geran yang sepatutnya diperolehi oleh sebuah kerajaan yang di pilih oleh rakyat tetapi dinafikan oleh UMNO begitu sahaja.

Jesteru itu, kerajaan UMNO-BN yang memerintah Malaysia selama 53 tahun lah yang sepatutnya di tukar dan di beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah sepenggal. Ini kerana kerajaan UMNO-BN di lihat gagal dan tidak mampu melaksanakan amanah dengan baik selama memerintah negara ini. Terlalu banyak ketidakalidan, kezaliman,penyelewengan,salah guna kuasa,ketirisan wang negara dan salah urus khazanah negara yang menyebabkan rakyat sendiri terpaksa ditekan dengan pelbagai caj cukai untuk menampung kekosongan kantong negara.

Sebagai contoh terkini di dalam prk kerdau, saya berkebetulan lalu di bandar jengka 25 di mana ceramah PAS dan BN diadakan secara serentak dan berdepan.  Saya merasa hairan dengan sikap double standard yang ditunjukkan oleh pihak polis di dalam isu menangani  penganjuran ceramah oleh parti yang bertanding.  Siapa yang akan bertanggungjawab jika ada pergaduhan atau provokasi dari mana-mana pihak ?  Mengapa pihak polis membenarkan ceramah tersebut diadakan sedemikian ? Di mana isu keselamatan dan hak penganjuran yang dilaung-laungkan oleh pihak polis ? Satu lagi setiap kali PRK maka sekatan polis akan dilakukan di setiap jalan masuk ke kawasan PRK. Mengapa hal demikian sering berlaku ? Adakah betul polis menjaga keselamatan pengguna jalan raya atau sebenarnya polis menjaga keselamatan UMNO-BN ? Buktinya polis sering digunakan oleh pemimpin UMNO-BN untuk mengiringi mereka ke setiap program yang akan dihadiri oleh pemimpin mereka.