Salam perjuangan….

Esok 6 Mac bermula pegundian PRK di DUN Merlimau dan Kerdau.  Ramalan yang telah di buat oleh pensyarah Sains Politik bahawa BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar di kedua-dua DUN.  Saya juga boleh bersetuju dengan pendapat beliau.  Jika di lihat kepada keputusan PRK yang lepas tidak mustahil undi BN akan bertambah.  Selain itu saya juga merasakan kelemahan faktor dalaman PAS  sendiri tidak boleh di pandang ringan.  Pada penelitian saya sepanjang 3 hari saya berada di Kerdau didapati jentera PAS tidak di susun dengan baik untuk menjalankan gerak kerja Pilihanraya.  Kekurangan petugas yang strategik juga menyebabkan PAS agak perlahan dalam setiap tindakan.  Di samping kehadiran jentera pembantu yang di lihat tidak banyak juga membantu untuk menjalankan gerak kerja strategik.  Pendekatan yang sama dilakukan oleh PAS di setiap PRK menyebabkan jentera PAS gagal menandingi kecekapan jentera BN semnetelah mereka di bantu dengan pelbagai agensi dan kemudahan yang lebih canggih dari PAS.

Jentera Pemuda PAS sendiri yang di lihat kurang membantu dan berkesan dalam gerak kerja pr. Adik-adik yang balik dari Mesir di lihat banyak membantu jentera pemuda sedangkan mereka tidak di urus dengan baik di samping pengalaman gerak kerja pr yang kurang.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk menyeru kepada semua pengundi supaya keluar mengundi lebih awal dan pilihlah calon yang mampu memimpin kita bukan setakat di dunia tetapi sampai ke akhirat.  Selamat mengundi calon PAS….