Salam perjuangan,

Saya mulakan perbincangan ini dengan mengemukan satu soalan yang penting kepada semua petugas PR.  Adakah anda semua berpuashati dengan persiapan yang telah anda lakukan untuk menghadapi PRU akan datang ?  Adakah anda semua telah bersedia untuk mengubah budaya kerja lama secara ad-hoc kepada budaya kerja baru iaitu persiapan awal yang kemas.

Dalam menghadapi peperangan demokrasi ini setiap kita mesti mempunyai satu sasaran dan matlamat yang perlu di capai untuk membolehkan kita sampai ke destinasi yang di tuju.  Jika kita bercita-cita untuk menang dan menawan putrajaya maka adakah kita telah mempunyai satu strategi planning yang mampu membantu kita mencapai impian yang digariskan.  Begitu juga dengan persiapan kita untuk mempertahankan negeri yang telah kita perintah, adakah telah betul-betul kukuh ?

Berdasarkan pengalaman saya, kita semua hanya pandai bercakap dan meletakkan slogan tetapi gagal dalam tindakan yang berstrategik.  Kita masih mengamalkan budaya kerja lama iaitu kerja last minute.  Saya menaruh kebimbangan dengan segala strategi dan usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh BN untuk memenangi majoriti 2/3 parlimen malaysia di samping target mereka untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan rakyat.  BN menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk mencapai maksud tujuan mereka tetapi kita mesti melakukan sendiri untuk mencapai maksud tujuan tanpa ada bantuan dari agensi kerajaan.

Fenomena ini, jika dibiarkan sememangnya menakutkan kita.  Jesteru itu menimbulkan kesangsian terhadap kemampuan kita untuk mempertahankan negeri yang ada sementelah pula untuk merampas putrajaya…..