Salam perjuangan…..

Hari ini saya merasa bersyukur di atas keputusan mahkamah yang mengarahkan bekas OCPD Rompin membayar rm 200k kepada YB Dr Hatta dan pimpinan pas yang lain di atas penangkapan yang tidak beretika semasa berceramah di markas pas rompin pada tahun 2004.  Soal ex-ocpd itu betul-betul akan membayar atau tidak bagi saya bukanlah satu isu tetapi keputusan mahkamah yang telah menjelaskan hak PAS untuk mengadakan ceramah di dalam bangunan miliknya dan tidak memerlukan permit polis merupakan satu keputusan yang akan menjadi bahan bukti untuk program pas selepas ini.  Sebagaimana kita tahu bahawa permit ceramah telah tidak dikeluarkan oleh polis buat masa sekarang jadi PAS mempunyai kesukaran untuk menyebarkan beritanya melalui ceramah2 yang telah menjadi media utama PAS selama ini.  Inilah bukti kezaliman dan penakutnya pemimpin BN sehingga sanggup menggunakan polis untuk menyekat dakwah pas kepada rakyat.

Satu lagi kes yang melucukan saya sebagai anak Kelantan ialah bagaimana penakutnya Kerajaan BN sehingga sanggup merogol prosedur mahkamah dengan meminda sesuka hati perpindahan sebutan kes tuntutan royalti minyak Kelantan yang di failkan di mahkamah perdagangan ke mahkamah sivil.  Datuk Husam ketika menyatakan bahawa mahkamah tidak merujuk kepada beliau terlebih dahulu dalam membuat keputusan perpindahan tersebut sedangkan pihak yang menuntut tidak pernah memohon untuk memindahkan kes ini ke mahkamah sivil.  Kalau penakut saya rasa jalan yang paling selamat ialah berikan saja royalti itu kepada kerajaan negeri kelantan. Tunaikan tuntutan rakyat kelantan supaya kerajaan BN di lihat lebih bermaruah.  Jika tidak rakyat kelantan tidak akan melupakan muka-muka pengkhianat dan penghalang kepada tuntutan royalti rakyat kelantan iaitu mustapha mohd dan awang adek.

Kebenaran tetap akan menang walaupun sejuta tangan yang cuba menghalang dan menggagalkannya.  Ingatlah Allah maha berkuasa dan maha mengetahui.