Salam perjuangan….

DUN Sarawak telah rasminya dibubarkan pada 21 Mac 2011(Isnin).  Tarikh Penamaan Calon di jangka pada 6@7 April dan Tarikh Pengundian di jangka pada 16 @ 17 April.  SPR pula akan bermesyuarat pada hari Rabu ini untuk menentukan tarikh sebenar penamaan dan pengundian DUN Sarawak.  Kesemua pihak samada parti pemerintah dan pembangkang sedang bersiap sedia dengan barisan calon dan gerak kerja untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Seperti biasa media utama negara telah pun memulakan kempen untuk membantu BN mempertahankan kerusi DUN Sarawak dengan pelbagai alasan yang dihalalkan.  Inilah permainan demokrasi di Malaysia di mana pemegang tampuk pemerintahan telah menyalahguna kuasa untuk kepentingan politik mereka.  Pembangkang dibiarkan terkial-kial dengan cara tersendiri untuk menyebarkan matlamat perjuangan kepada rakyat.  Inilah yang dikatakan padang yang tidak sama rata.  Ini tidak termasuk dengan tuduhan SPR dan Polis adalah salah satu jentera BN yang digunakan untuk memastikan kemenangan bergaya BN dalam Pilihanraya DUN Sarawak.

Saya menjangkakan BN mampu menang selesa di Sarawak khasnya dengan penggunaan media,wang,tekanan dan ugutan yang dikenakan kepada para pegundi bagi memastikan mereka mengundi BN.  Namun pembangkang juga ada peluang untuk mengurangkan majoriti BN di Sarawak jika pilihanraya diadakan secara gentlement.

Mengapa Pakatan Rakyat harus mencapai kemenangan bagi kerusi yang telah ditargetkan ? Jawapannya ialah untuk memastikan BN goyah dan tidak panjang akal bagi menyerang kedudukan pakatan rakyat di Semenanjung.  Jika BN menang terlalu selesa di Sarawak maka saya jangkakan mereka akan memberi fokus dan menyerang habis-habisan PR untuk memastikan kerusi PR dapat di tawan semula.  Jesteru itu pilihanraya Sarawak bukan sahaja untuk melebarkan pengaruh PR di Sarawak tetapi juga penting sebagai membendung gerak kerja BN di Semenanjung untuk menyerang negeri-negeri Pakatan Rakyat…

Kepada semua petugas PR selamat menjalankan amanah untuk memastikan PR memenangi semua kerusi yang telah ditetapkan.  Ingat masa depan PR di Semenanjung juga terletak di bahu anda semua…