Salam perjuangan….

Saya bersama rombongan DPPN dan AMK Negeri Kelantan telah membuat laporan polis berhubung dengan isu penayangan video seks pemimpin pada jam 2.30 petang kelmarin 22 Mac 2011 di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa.  Kami menuntut supaya orang yang dikenali Datuk T disiasat segera kerana memiliki dan menayangkan video seks kepada wartawan di Hotel Sri Carcosa.  Sehingga ke hari ini tidak kedengaran lagi polis akan bertindak menahan Datuk T seorang suspek utama yang memiliki dan bercadang mengedarkan video lucah ini kepada suruhanjaya awam tidak lama lagi.

Jika benar pihak polis tidak terlibat atau bersekongkol dalam mencipta video seks baru ini sepatutnya pihak polis kena bertindak segera menahan Datuk T tersebut.  Kes ini adalah kes yang melibatkan kepentingan awam dan perlu disegerakan.  Tidak juga kedengaran Menteri Dalam Negeri mengarahkan polis bertindak segera menyelesaikan kes ini. Menurut Datuk Karpal Singh, beliau terkejut kerana sehingga ke hari ini pihak polis gagal bertindak menahan dan menyiasat individu Datuk T yang memiliki dan menayangkan video seks kepada para wartawan. Menurut AKTA yang diluluskan oleh parlimen Malaysia iaitu memiliki, menayangkan,menyebarkannya adalah merupakan satu kesalahan yang dijatuhkan hukuman yang setimpal. Inilah yang menyebabkan rakyat merasakan pihak polis juga turut bersekongkol dengan pihak-pihak lain yang tertentu dalam konspirasi membunuh karier politik DSAI yang di lihat mengancam kestabilan politik UMNO dan BN pada hari ini.

Ya Allah…. Kau berikan hidayah mu kepada orang-orang yang cuba menzalimi DSAI ini. Jika pintu hati mereka telah tertutup maka engkau balaslah dengan balasan yang setimpal. Jangan engkau tinggalkan walaupun seorang dari mendapat balasan mu Ya Allah…..