Salam perjuangan……..

Dengan kuasa Allah maka orang yang terlibat dengan penayangan video seks pemimpin telah mengaku secara terbuka. Datuk ‘T’ sebenarnya mewakili Trio bermakna tiga individu Datuk yang terlibat.  Datuk Rahim Tamby Chik bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Eskay Abdullah dan Datuk Shuib bendahari Perkasa.  Nazri Aziz pula melatah dengan mengatakan jangan kaitkan mereka bertiga ini dengan UMNO kerana mereka bertindak di atas kapasiti sendiri.  Orang yang menonton video seks tersebut telah di panggil oleh polis untuk di siasat tetapi orang yang bertanggungjawab menayangkan belum di panggil.  Macam mana perkara ini berlaku ? Sedangkan wartawan itu di jemput oleh datuk T untuk melihat video itu. Bimbangnya nanti anak bilis yang di dakwa tetapi jerung seperti biasa akan terlepas.  Jika Datuk Nazri beriya-iya menafikan penglibatan UMNO dalam isu video ini maka sepatutnya Datuk Nazri mengeluarkan kenyataan supaya pihak yang berwajib menyiasat segera untuk membersihkan nama UMNO dalam isu ini.  Setakat pagi ini Pemimpin UMNO yang lebih tinggi tidak menafikan lagi penglibatan UMNO dalam isu ini.  Jika mereka nafi dan merasa malu dengan perilaku ahli UMNO yang telah memburukkan nama UMNO dalam isu video seks ini sepatutnya mereka mengambil tindakan disiplin ke atas ahli UMNO yang terlibat dan mengarahkan segera polis untuk menahan dan menyiasat Datuk T yang telah mencemarkan nama baik UMNO.

Saya tidak akan menyerahkan video ini kepada polis.. kata Datuk T.  Saya sebagai rakyat Malaysia baru mengetahui bahawa ada keadaan di mana kita berhak untuk tidak menyerahkan kepada polis apabila polis meminta sesuatu dengan kita khasnya barang bukti sesuatu kes.  Jika begitulah kedudukannya maka analogi yang sama mungkin boleh digunakan ketika JPJ atau Polis mengadakan sekatan jalanraya kita juga boleh untuk tidak menyerahkan apa saja barang-barang kita seperti lesen dll apabila di minta polis dan JPJ untuk di lihat.  Satu lagi kenyataan yang tidak sedap di dengar ialah pada mula-mula tayangan video seks ini dipertontonkan maka pihak polis mengatakan tidak dapat bertindak kerana tidak ada laporan polis untuk membolehkan polis memulakan siasatan. Jika begitulah keadaannya maka analogi yang lain juga mungkin boleh berlaku iaitu seorang wanita sedang di rogol oleh seorang lelaki di hadapan polis tetapi polis tersebut tidak boleh berbuat apa-apa kerana wanita yang di rogol itu belum membuat laporan polis bahawa beliau telah di rogol.  Inikah bentuk keselamatan yang digunapakai untuk melindungi rakyat Malaysia ?

Advertisements