Salam perjuangan….

Alhamdulillah saya berkessempatan bertugas di PRN Sarawak selama 12 hari bermula sehari sebelum penamaan calon dan berakhir sehari selepas pengundian.  Apa yang saya perhatikan bahawa jiwa rakyat Sarawak Khasnya Beting Maro masih memerlukan tunjuk ajar yang terlalu banyak untuk mereka betul-betul memahami perjuangan PAS.  Namun dengan semangat untuk menentang kezaliman dan penindasan mereka sudah mampu bangkit melawan arus sehingga pertambahan 100 % kerusi pembangkang boleh dikatakan fenomena yang cukup baik. Saya yakin sekiranya mereka memahami perjuangan PAS dan PR dalam ertikata yang sebenarnya mereka mampu melonjak lagi dan tidak mustahil Sarawak akan di tawan dalam PRN ke 11 nanti.

Jesteru itu, saya merasakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek mesti segera di garap untuk memandu rakyat sarawak bergerak menuju perubahan yang kita idam-idamkan.  Pemimpin semenanjung tidak boleh berkunjung ke Sarawak hanya sekadar bermusim. Kenyataan Presiden PAS yang menjadikan DUN Beting Maro anak angkat PAS Pusat adalah satu langkah yang tepat. Hubungan yang berterusan dan tidak bermusim hendaklah di bina supaya mereka dapa tmengenal hati budi kita dengan sebaiknya begitulah kita juga. 

Di hadapan kita ialah PRU 13 di mana salah satu lagi negeri yang akan terlibat ialah Sabah.  BN telah memulakan kempen mereka dari sekarang dengan media massa yang mereka kuasai. Bagaimana kita PR untuk menonjolkan perjuangan kita di Sabah ?  Kita mengetahui bahawa untuk memerintah Malaysia PR tidak mampu memerintah dengan hanya mengharapkan kemenangan di Semenanjung sahaja tanpa mendapat bantuan dari Sabah dan Sarawak.  Usaha memenangi hati rakyat Sabah perlu dimulakan segera di samping mempertahankan keyakinan rakyat Semenanjung kepada PR.

Saya melihat ada ruang dan sinar yang cukup jelas untuk kita menawan hati rakyat Sabah dan Sarawak asalkan kita mempunyai satu perancangan dan strategi yang tepat dan kuat untuk menarik mereka supaya bersama PR bagi membina Malaysia Baru yang lebih adil, sejahtera dan berkebajikan di bawah naungan Kerajaan Pakatan Rakyat selepas PRU 13 nanti.