Salam perjuangan…..

Kembali hangat isu perpaduan di antara PAS dan UMNO diperkatakan. Pelbagai pandangan dikemukakan sebagai respon kepada kenyataan pelbagai pihak. Terbaru kenyataan dari Mufti Perlis yang  melabelkan orang yang menghalang perpaduan PAS dan UMNO sebagai pengkhianat kepada Islam.

Saya teringat kepada kenyataan Tok Guru Mursidul Am bahawa PAS sedia bergabung dengan UMNO dengan satu syarat iaitu UMNO mesti mengubah dasar perjuangan kepada dasar Islam.  Keterbukaan Tok Guru jelas dan sepatutnya jika UMNO bersungguh benar ingin bersatu dengan PAS maka sepatutnya UMNO telah meminda perlembagaan parti mereka.

Ya, mungkin juga pandangan mufti perlis itu ada kebenarannya iaitu bergabung bukan semestinya berada dalam satu parti tetapi boleh bergabung dari segi idea dan perjuangan untuk kebaikan agama dan orang melayu. Saya boleh bersetuju dengan pandangan ini di mana PAS sentiasa bersedia bersatu dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan umat Islam seperti isu palestin, isu bosnia dll.  Namun dalam masa yang sama UMNO mendiskriminasikan kepentingan orang melayu Islam di beberapa negeri hanya semata-mata kerana diperintah oleh PAS.  Hak royalti minyak di rampas, geran tahunan dilewatkan, penubuhan dua kerajaan di Kelantan dan pelbagai perkara yang di buat oleh UMNO untuk mendera kerajaan yang di pimpin oleh orang melayu Islam.

Jika PAS di ajak bersama dengan UMNO kerana isu PAS menjadi alat kepada DAP maka lebih patut UMNO yang keluar BN dan menyertai PR kerana MCA secara jelas sekarang menentang pergabungan PAS dan UMNO jika matlamat untuk mendirikan sebuah negara Islam. Ayuh UMNO keluar saja dari pakatan yang rapuh BN kerana ianya hanya menunggu masa untuk jatuh. MCA dan MIC sudah tidak relevan lagi. Inilah masa yang sesuai untuk menyahut tawaran Tok Guru supaya UMNO meminda perlembagaan tubuh mereka kepada dasar al-quran dan sunnah untuk membolehkan perpaduan dengan PAS di capai dan pemimpin UMNO terus relevan untuk memerintah selepas PRU 13 nanti…. Jangan terlambat nanti menyesal….