Salam perjuangan…..

Tumpuan kini beralih kepada pemilihan sempena Muktamar Dewan-Dewan dan PAS Pusat sendiri yang akan berlangsung di Negeri Selangor bermula 1 hingga 5 Jun 2011 nanti.  Alhamdulillah Presiden PAS kekal diterajui oleh YB Dato’  Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj Awang. Di peringkat Timbalan dan naib Presiden pulak menyaksikan akan ada pertandingan.  Hal yang sama saya jangkakan untuk Dewan-Dewan di mana kini Dewan Ulama yang telah mengesahkan Datuk Harun taib kekal sebagai Ketuanya untuk sesi yang seterusnya. Manakala dewan-dewan yang lain belum diketahui statusnya.Namun berdasarkan pengamatan dan pengakuan yang saya lihat maka saya menjangkakan Ust Nasharudin Hassan Tantawi akan kekal sebagai Ketua untuk sesi yang seterusnya. Manakala akan ada pertandingan di peringkat Timbalan dan Naib Ketua.

Pemilihan kali ini cukup penting untuk menentukan hala tuju PAS khasnya berhadapan dengan PRU ke 13 nanti.  Jelasnya kepimpinan yang akan di pilih ialah kepimpinan yang akan menentukan jatuh bangun PAS dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.  Mampukah pemimpin yang di pilih ini melonjakkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dan seterusnya kedudukan PAS dalam arus perdana politik Malaysia ???

Marilah kita berdoa semoga PAS tetap menjadi sebuah parti dan jamaah yang mampu mendepani cabaran masakini dan seterusnya memimpin masyarakat ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.