Salam perjuangan………

Hari Ini tanggal 1 jun 2011, maka berlangsunglah perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Dewan MBSA untuk kali ke- 52. Umur pemuda sebenarnya sudah cukup matang untuk memimpin perjuangan anak muda di Malaysia.  Kematangan usia pemuda ini hendaklah bergerak seiring dengan pendekatan dan gerakan anak muda. Jika kita perasan sejak akhir-akhir ini perkataan ANAK MUDA sering bermain di bibir pendokong gerakan anak muda.  Di dalam usia yang semakin matang maka sepatutnya Dewan Pemuda telah mempunyai satu pendekatan yang strategik untuk memobilisasikan pergerakan anak muda agar mereka akan terus meletakkan harapan dan kepercayaan kepada Dewan pemuda PAS untuk memimpin mereka dulu,kini dan selamanya.  Jangan kita benarkan anak muda yang dahagakan pimpinan dan mobilisasi dari pemuda terlepas kepada pemuda umno dan sewaktu dengannya.

Marilah kita berfikir dan kemudiannya kita bertekad untuk memilih saf kepimpinan pemuda yang benar-benar mewakili kelompok anak muda Malaysia dan yang paling penting kepimpinan pemuda yang penuh segar dengan idea dan pendekatan bagi melaksanakan misi memobilisasikan anak muda untuk menjalankan misi menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti. Gunalah amanah yang diberikan kepada antum semua untuk menentukan hala tuju gerakan anak muda Malaysia dengan sama-sama kita mencorakkan kepimpinan pemuda PAS Pusat melalui undi perwakilan anak muda di setiap kawasan semasa sesi pemilihan muktamar Dewan pemuda PAS pusat esok.